Sekiranya memandu motosikal ketika hujan, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah memakai kelengkapan baju hujan supaya pakaian anda tidak basah.
Namun, berbeza pula memandu motosikal dalam keadaan cuaca yang panas, apakah yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari terutama kepada ibu bapa yang menggambil anak pulang daripada sekolah dengan membonceng motosikal?
Ketika penulis melakukan carian di sebuah platform membeli-belah secara dalam talian, penulis telah terjumpa satu produk yang sangat menarik dan hasil penelitian produk ini banyak digunakan di negara China dan juga Thailand. Produk yang dimaksudkan adalah sebuah payung yang dipasang pada motosikal dan mempunyai bumbung seperti sebuah kereta.
Produk ini mengunakan bahan nylon yang sudah pasti direka untuk kalis air, namun payung motosikal ini perlu dipasang sendiri oleh pembeli dan memerlukan sedikit modifikasi bergantung kepada jenis motosikal. Produk ini boleh bertahan pada kelajuan 70km/j dan jika anda memandu melebihi had laju yang ditetapkan, kemungkinan besar anda akan tiba ke lokasi tanpa payung tersebut.
Tetapi bagi pendapat penulis, produk ini mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi di sini penulis ingin berkongsi kepada pembaca agar anda boleh mengetahui adakah produk ini sesuai untuk dibeli atau tidak.
Kelebihan:
1. Dapat menghindarkan penunggang dan pembonceng motosikal daripada cuaca panas dan hujan. Sangat sesuai untuk ibu bapa yang mengganmbil anak sekolah atau untuk orang tua pergi ke masjid menunaikan solat.
Kekurangan:
1.Mungkin salah di sisi undang-undang jalan raya kerana produk ini mungubahkan keseluruhan bentuk motosikal daripada segi ketinggian dan jarak pengelihatan
Pendapat penulis, mungkin produk ini ada kekurangannya tetapi secara praktikal produk ni sesuai digunakan dalam radius 2 atau 3 kilometer sahaja, hanya sesuai digunakan di kawasan kampung atau kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jumlah trafik yang tinggi serta untuk kegunaan ketika cuaca panas sahaja kerana penggunaan ketika waktu hujan agak berbahaya kerana jarak penglihatan menjadi terhad.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.