Automotif

Nissan Kicks e-Power Bakal Dilancarkan di Malaysia – SUV Hibrid Terbaru dari Nissan

Share

Dalam perkembangan terbaru, Nissan Kicks e-Power akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Seperti yang didedahkan oleh seorang konsultan jualan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Pengumuman ini menyusul selepas pengesahan daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Pengedar rasmi Nissan di Malaysia, bahawa teknologi pacuan hibrid Nissan e-Power bakal tiba di negara ini.

Sebelum ini,

ETCM menyatakan bahawa model hibrid e-Power akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Nissan Kicks e-Power merupakan SUV hibrid yang dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 129 PS dan tork 280 Nm. 

Motor ini digandingkan dengan enjin 1.2 liter tiga-silinder naturally-aspirated, tetapi tiada sambungan pacuan mekanikal ke roda. 

Sistem ini dijana oleh bateri 2.06 kWh, memberikan pengalaman pemanduan hibrid yang unik di mana hanya motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.

Kredit PaulTan

Kicks e-Power

Berdasarkan spesifikasi, Kicks e-Power mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat. Dengan penggunaan bahan api yang dianggarkan pada 21.7 km per liter. Ini menjadikannya pesaing yang kuat dalam segmen SUV hibrid di Malaysia, berhadapan dengan model seperti Honda HR-V e dan Toyota Corolla Cross Hybrid

Kemasukan model ini menambah variasi dalam segmen yang semakin berkembang. Bersaing bersama model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik (EV) dari jenama-jenama seperti dari China.

Namun, mereka yang mengikuti perkembangan Nissan Kicks mungkin menyedari bahawa model ini menghampiri penghujung kitaran hayat generasi pertama. Generasi kedua Nissan Kicks telah pun dilancarkan di Amerika Syarikat pada Mac tahun ini, namun Malaysia nampaknya masih akan menerima generasi pertama buat masa ini.

Kredit PaulTan

Rancangan Lain

Selain dari Kicks e-Power, Nissan juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model yang menggunakan teknologi e-Power di Malaysia. Salah satu yang paling dinanti-nantikan ialah Nissan Serena generasi C28. 

MPV ini telah beberapa kali dilihat diuji di Malaysia, dan dijangka akan turut dilengkapi dengan teknologi hibrid e-Power.

Bagi Nissan Serena C28, ia akan hadir dengan motor elektrik 163 PS dan tork 315 Nm, digandingkan dengan enjin 1.4 liter tiga-silinder naturally-aspirated (98 PS/123 Nm) yang berfungsi mengecas bateri 1.77 kWh. 

Seperti Nissan Kicks e-Power, Serena C28 juga tidak mempunyai sambungan mekanikal ke roda pacuan, menjadikannya MPV hibrid yang lebih mesra alam dan menjimatkan.

Kehadiran Nissan Kicks e-Power dan rancangan masa depan Nissan untuk model-model e-Power lain seperti Serena C28 menunjukkan bahawa Nissan komited untuk membawa lebih banyak pilihan teknologi hijau ke pasaran Malaysia. 

Buat peminat SUV dan MPV hibrid, tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik dengan pelancaran model-model terkini dari Nissan.

Dari PaulTan

Baca Juga Nissan Qashqai Cipta Rekod Dunia Baharu dengan Lompatan Bungee

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan