Automotif

Nissan GT-R 2024, Evolusi Sebuah Legenda Masih Diteruskan

Share

Dalam dunia kereta sukan berprestasi tinggi, Tidak banyak model kereta yang mendapat penghormatan seperti Nissan GT-R. Diberi julukan “Godzilla” kerana prestasi dan keupayaannya yang luar biasa, GT-R telah menjadi simbol kuasa, kemewahan, dan kecemerlangan kejuruteraan sejak ia dilahirkan.

Siapa sangka untuk tahun 2024, Nissan GT-R masih lagi menghasilkan varian terbaharu mereka dengan sedikit perubahan serta hadir dengan 3 varian yang menarik sudah pasti menjadi pilihan peminat jentera ikonik ini.

Salah satu tambahan yang paling dinanti-nantikan kepada barisan 2024 adalah pengenalan semula model T-Spec. Seperti model T-Spec sebelum ini, ciri yang ada masih kekal sama dengan sistem brek ceramic daripada Brembo serta warna fabrik di bahagian dalam kereta yang lebih menarik dengan warna yang unik. Terletak di antara varian Premium dan NISMO, T-Spec menawarkan peminat keseimbangan antara prestasi dan kemewahan, menjadikannya pilihan yang mengasyikkan bagi mereka yang mencari pengalaman GT-R yang sebenarnya.

Walaupun intipati GT-R kekal tidak berubah, Nissan telah melaksanakan penyempurnaan reka bentuk yang halus namun signifikan bagi tahun model 2024. Dengan memanipulasi bahagian hadapan dan belakang, termasuk grid yang lebih nipis dan spoiler yang direka bentuk semula, Nissan telah berjaya meningkatkan “down force” tanpa mengorbankan kecekapan aerodinamik.

Pengenalan spoiler gaya leher angsa, yang mengingatkan kepada sebuah kereta perlumbaan berprestasi tinggi, lebih meningkatkan imej Nissan GT-R tersebut. Selain itu, varian NISMO menerima differential hadapan yang terhad dan pakej penampilan serat karbon, mejadikan nya sebagai sebuah model “limited edition” yang bakal dicari oleh “collector” jenama ini .

Dengan harga bermula dari $122,985 (anggaran RM 578,582.93) untuk model Premium dan meningkat hingga $222,985 (anggaran RM1.1 Juta) untuk NISMO, GT-R mewakili pelaburan yang signifikan bagi peminatnya.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menghargai prestasi melebihi segala-galanya, harga bukan menjadi isu besar, kerana pengalaman memiliki “Godzilla” ini sudah pasti menjadi sesuatu yang menarik.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi