Automotif

Nissan Ariya Nismo, Kini Jadi Pesaing Terbaru Segmen Crossover Sport EV?

Share

Baru-baru ini, Nissan telah melakukan satu anjakan signifikan dalam pasaran crossover apabila melancarkan Ariya NISMO di Tokyo Auto Show 2024.

Model terbaru ini dijangka bersaing dengan model Kia EV6 GT dan MG 4 Xpower, tetapi Nissan telah melangkah lebih jauh daripada segi peningkatan kuasa. Penglibatan Nismo dalam projek Ariya NISMO telah mengubah kenderaan ini menjadi sebuah mesin berprestasi tinggi, baik daripada dalaman mahupun luaran.

Kredit Foto : Website autoevolution

Ariya NISMO mengekalkan narrow headlight dan lampu siang berbentuk V yang menjadi ciri khasnya tetapi memperkenalkan panel hitam yang elegan menggantikan panel bertitik pada Ariya biasa. Aerodinamik yang ditingkatkan terlihat pada bahagian sisi bampar hadapan yang direka semula dan penambahan splitter

hitam piano dengan jalur merah dan tulisan Nismo.
Kredit Foto : Website autoevolution

Hadir dengan roda aluminium bersaiz 20 inci baharu dibuat bersama Enkei yang menampilkan butiran hitam dan brushed metal. Menggunakan tayar berprestasi tinggi daripada Michelin memperkukuh pegangan dan cengkaman kereta ini.

Kredit Foto : Website autoevolution

Jalur merah pada sisi kereta yang direka semula dan spoiler kedua di bahagian bawah tingkap yang condong ke hadapan meningkatkan lagi rupa sport kereta ini, bersama dengan difuser luas di bawah bampar, lengkap dengan jalur merah dan lampu brek ketiga berwarna merah seakan – akan gaya kereta lumba yang dipasang secara menegak.

Kredit Foto : Website autoevolution

Ariya NISMO didatangkan dengan satu standard yang nampak sporty. Bahagian kabin menampilkan tempat duduk sport baharu yang berlapik kulit dengan integrated headrests dan lencana eksklusif. Papan pemuka menampilkan skrin lebar yang dibahagikan kepada skrin sentuh untuk sistem infotainmen dan panel instrumen. Roda stereng bawah rata dengan tanda merah pada posisi 12 jam dan jalur merah pada kad pintu, konsol tengah, dan papan pemuka menaikkan lagi ciri sporty pada kereta ini.

Kredit Foto : Website autoevolution

Dengan kerjasama Tadashi Nishikawa, jurutera dari pasukan Formula E Nissan, NISMO telah meningkatkan sistem e-4orce asal untuk memberikan tambahan sepuluh peratus kuasa, meningkat kepada 435 PS (429 hp). Crossover sport

pacuan semua roda ini mempunyai berat 2.2 tan (4,850 lbs.) dan ditawarkan dengan dua pilihan pakej bateri, menyediakan kedua-dua kuasa dan pilihan kepada pelanggannya.

Kesimpulannya, 2025 Nissan Ariya NISMO bukan hanya tambahan kepada barisan produk Nissan tetapi sebuah pernyataan inovasi dan prestasi dalam pasaran crossover sport. Dengan peningkatan menyeluruh dalam reka bentuk, keselesaan, dan kuasa, ia bersedia untuk menjadi sebuah kereta bagi individu  yang mencari gabungan kemewahan dan prestasi.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi