MotoGP™ Malaysia 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 3 November lalu menjadi tumpuan lebih daripada 183,000 peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
Acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran jenama pelincir terkenal Motul.
Acara ini juga turut menyaksikan pelancaran produk baharu mereka iaitu Motul 300V 4T Factory Line.
Motul memanfaatkan acara ini sebagai platform untuk mendekati peminat motosikal serta memperkenalkan teknologi terkini produk mereka.
Motul Malaysia membawa pengalaman baharu kepada para pengunjung melalui sebuah kiosk interaktif yang dipenuhi dengan aktiviti menarik.
Peminat dapat merasai pengalaman sebenar jenama ini, di mana mereka boleh menyertai pelbagai permainan, cabutan bertuah, dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif.
Selain itu, peminat juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pelumba terkenal dari pasukan GASGAS TECH3.
Antaranya Pedro Acosta (#31) dan Augusto Fernandez (#37), serta pelumba MOTO3, Daniel Holgado (#96) dan Jacob Roulstone (#12).
Kehadiran pelumba-pelumba ini menjadikan kiosk ini sebagai salah satu tarikan utama acara MotoGP kali ini.
Salah satu kemuncak acara MotoGP™ Malaysia ialah pelancaran siri pelincir baharu, Motul 300V 4T Factory Line.
Produk ini direka khas untuk peminat motosikal yang mementingkan prestasi maksimum dan ketahanan enjin, baik di litar mahupun di jalan raya.
Menggunakan teknologi canggih ESTER Core®, pelincir ini bukan sahaja meningkatkan kuasa dan prestasi enjin tetapi juga melindungi komponen kritikal dalam keadaan ekstrem.
Siri ini menetapkan piawaian baharu dengan ciri-ciri tambahan yang meningkatkan kuasa dan mengurangkan kehausan enjin, sekali gus menjadikan pengalaman menunggang lebih mantap dan menyeronokkan.
Motul 300V 4T Factory Line bukan sekadar pelincir biasa. Antara kelebihan utama pelincir ini adalah:
Motul 300V 4T Factory Line ditawarkan dalam pelbagai kelikatan untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis motosikal.
Untuk siri 300V FL Road-Racing, kelikatan termasuk 0W-30, 5W-40, 10W-30, 10W-40, 10W-50, dan 15W-50.
Untuk siri 300V FL Off-Road menawarkan pilihan kelikatan 5W-40, 10W-30, 10W-40, 10W-50, dan 15W-60.
Peminat motosikal di seluruh Asia boleh mendapatkan produk ini di peruncit sah Motul yang terdekat.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Tip Penjagaan Skuter. Jangan Ambil Mudah Jika Tidak Mahu Wang ‘Melayang’