Yamaha R25 generasi terbaharu ini adalah satu revolusi dalam segmen motosikal supersport ringan. Menggabungkan reka bentuk agresif, teknologi terkini, dan prestasi luar biasa.
Yamaha R25 tampil lebih tajam, berkuasa, dan canggih berbanding versi sebelumnya. Terinspirasi daripada model flagship seperti R9 dan DNA motosikal lumba.
R25 menjadi pilihan tepat untuk mereka yang mahukan pengalaman menunggang yang mendebarkan.
Reka Bentuk Aerodinamik dan Elegan
Salah satu ciri utama Yamaha R25 ialah reka bentuknya yang aerodinamik. Dengan sayap yang diintegrasikan pada badan motosikal di bawah saluran udara gaya M1.
R25 bukan sahaja kelihatan sporty, tetapi juga memaksimumkan kecekapan aliran udara. Rekaan ini dioptimumkan untuk mengurangkan rintangan angin. Memberikan kestabilan lebih baik pada kelajuan tinggi.
Lampu utama berkembar dan lampu LED moden melengkapkan penampilan agresif motosikal ini.
Manakala bahagian ekor menggunakan elemen reka bentuk R-Series yang menyerlahkan gaya futuristik dan sporty.
Prestasi Tinggi dengan Enjin 250cc
Dikuasakan oleh enjin 250cc 2-silinder dengan sistem DOHC dan nisbah mampatan 11.6:1. Yamaha R25 mampu menghasilkan kuasa maksimum 26.4kW (35.4hp) pada 12,000rpm.
Enjin ini memenuhi piawaian EURO5+. Memastikan pembakaran lebih bersih tanpa mengorbankan prestasi.
Dengan tork maksimum 22.6Nm pada 10,000rpm. R25 menawarkan pecutan pantas dan pengalaman tunggangan yang mendebarkan.
Sistem suntikan bahan api yang efisien memastikan enjin memberikan tindak balas pantas pada setiap putaran pendikit. Menjadikannya sesuai untuk kegunaan di jalan raya atau litar perlumbaan.
Keupayaan Teknologi Terkini
Yamaha R25 dilengkapi dengan pelbagai ciri teknologi moden yang meningkatkan pengalaman penunggang.
Ciri Assist & Slipper Clutch memberikan kawalan maksimum semasa membrek keras, mengelakkan roda belakang daripada tergelincir pada kelajuan tinggi.
Dengan sambungan Bluetooth ke aplikasi MyRide. Penunggang boleh memantau statistik perjalanan, menerima notifikasi panggilan, mesej, dan emel terus ke paparan LCD pelbagai fungsi yang bergaya.
Rekaan ergonomik baharu menjadikan R25 lebih selesa untuk dikawal. Manakala paparan digital 5 inci memberikan data penting secara jelas dan mudah.
Suspensi dan Sistem Brek Berprestasi Tinggi
R25 menggunakan fork terbalik (USD) 37mm dari KYB yang memberikan kestabilan maksimum dan tindak balas yang tepat.
Sama ada di jalan raya atau litar, kombinasi penyerapan hentakan dan pegangan jalan R25 memberikan keyakinan tinggi kepada penunggang.
Sistem brek depan cakera 298mm dan brek belakang cakera 220mm dilengkapi dengan teknologi ABS. Memastikan keselamatan maksimum walaupun dalam keadaan jalan licin atau basah.
Kesimpulan
Yamaha R25 2025 bukan sekadar sebuah motosikal supersport biasa. Dengan gabungan reka bentuk aerodinamik, prestasi enjin yang mengagumkan, teknologi pintar, dan ciri keselamatan terkini. Ia menawarkan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan dan penuh gaya.
Bagi peminat motosikal yang mencari kehebatan dan keanggunan dalam satu pakej, Yamaha R25 adalah jawapannya. Bersiaplah untuk memecah angin dan menakluk jalan dengan motosikal generasi baharu ini sejurus ia masuk pasaran tempatan! 🏍️💨
Dari Yamaha Europe
Baca Juga Yamaha NMax Baharu Dilancarkan Harga Bermula RM11,498
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.