Didi Group, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan model terbaru mereka – Vespa GTS 300 Classic. Dengan slogan “UNSTOPPABLE GREATNESS”, skuter ikonik ini bukan sekadar kenderaan. Tetapi simbol keanggunan, kejayaan, dan gaya hidup yang tiada tandingan.
Menggabungkan reka bentuk klasik dengan teknologi moden, Vespa GTS 300 Classic hadir sebagai pilihan utama bagi mereka yang inginkan tunggangan berprestasi tinggi tanpa mengorbankan gaya dan keselesaan.
Vespa sentiasa menjadi ikon reka bentuk moden, dan GTS 300 Classic mengangkat keanggunan itu ke tahap baharu. Ditawarkan dalam tiga warna eksklusif – Beige Sabbia Q02, Black Vulcano ND, dan Green Relax V11. Setiap pilihan warna mencerminkan gaya autentik Vespa yang berkarisma. Kemasan krom pada badan, rangka lampu hadapan, dan peredam ekzos menambahkan lagi elemen premium pada model ini.
Dikuasakan oleh enjin 278cc High Performance Engine (HPE). Vespa GTS 300 Classic menawarkan kuasa maksimum 23.8 HP pada 8,250 rpm dan tork 26 Nm pada 5,250 rpm.
Dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (PFI) dan sistem penyejukan cecair. Skuter ini bukan sahaja bertenaga tetapi juga lebih cekap dalam penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.
Seperti tradisi Vespa, badan GTS 300 Classic diperbuat sepenuhnya daripada keluli tahan karat, menjadikannya lebih kuat, selamat, dan tahan lama. Model ini juga didatangkan dengan sistem suspensi hadapan yang direka semula. Memberikan kestabilan lebih baik terutamanya pada kelajuan tinggi serta meningkatkan keselesaan dan kawalan ketika menunggang.
Selain prestasi dan reka bentuk, Vespa GTS 300 Classic turut menawarkan pelbagai ciri moden untuk kemudahan pengguna:
Bagi mereka yang ingin menjadi antara yang pertama memiliki Vespa GTS 300 Classic, skuter ini ditawarkan pada harga pengenalan RM29,900 untuk 50 pelanggan pertama. Selepas tempoh promosi ini, harga rasmi akan ditetapkan pada RM31,900. Model ini dijangka berada di bilik pameran Vespa di seluruh negara pada minggu terakhir Mac 2025.
Enjin & Prestasi:
Casis & Suspensi:
Brek & Roda:
Dimensi & Kapasiti:
Dari Vespa Malaysia
Baca Juga Vespa GTS 2025, Hadir Dengan Enjin Baharu 310 CC
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.