Motosikal

Triumph Tiger 900 2024 – Tetapan Standard Baharu!

Share

Triumph Motorcycles memperkenalkan barisan Tiger 900 yang dinaik taraf untuk 2024. Ia terdiri daripada model Tiger 900 GT, GT Pro, dan Rally Pro. Barisan terbaharu ini menetapkan penanda aras baru untuk motosikal pengembaraan kelas pertengahan, menawarkan prestasi dan spesifikasi yang dipertingkatkan.

Peningkatan Enjin = Peningkatan  Prestasi

Tiger 900 menerima peningkatan enjin yang ketara, memberikan 13% lebih kuasa dan tork puncak yang lebih tinggi berbanding pendahulunya. Dengan 108PS kuasa puncak dan 90Nm tork puncak, serta peningkatan kecekapan pada rev rendah, enjin baru ini menawarkan pengalaman menunggang yang lebih dinamik dan ekonomi bahan api sehingga 9% lebih baik.

Perincian keselamatan baharu termasuk peningkatan brek untuk kawalan yang lebih baik dan jarak henti yang lebih pendek. Selain itu, sistem amaran lampu kecemasan turut dimasukkan, ia diaktifkan ketika penunggang brek secara mendadak. Selain itu, lampu signal baharu meningkatkan penglihatan, terutama dalam keadaan cahaya rendah.

Dalam pada itu, barisan Tiger 900 2024 menampilkan instrumen TFT 7″ baharu dengan grafik dan sistem menu yang dikemas kini. Bersama dengan pengecas USB-C di kokpit dan kesalinghubungan Bluetooth My Triumph sebagai standard di semua model.

Tiger 900 GT Pro

Keselesaan dan Ergonomik Turut Dipertingkatkan

Tempat duduk penunggang yang direka semula menawarkan keselesaan jarak jauh yang lebih baik, dilengkapi dengan tempat duduk berhaba pada model GT Pro dan Rally Pro. Sistem pemasangan handlebar dan posisi handlebar telah dioptimumkan untuk tunggangan yang lebih selesa, terutama pada Rally Pro.

Tambahan lain, barisan Tiger 900 yang baru menampilkan casis yang diperbaharui dengan reka bentuk yang lebih berintegrasi. Memberikan setiap model rupa yang berani dan memfokuskan pengembaraan. Skema cat dinamik dan grafik mempertingkatkan lagi daya tarikan estetika motosikal ini.

Ciri-ciri utama seperti ABS dan kawalan cengkaman dengan IMU, mod tunggangan. pencahayaan LED penuh. Triumph Shift Assist. Pemanas grip dan tempat duduk. Suis berlampu. Sistem pemantauan tekanan tayar, dan brek monobloc Brembo Stylema dikekalkan di semua model.

Tiger 900 Rally Pro – Warna Kelabu

Prestasi dan Keupayaan

Barisan Tiger 900 menawarkan prestasi dan keupayaan yang dipertingkatkan, dengan setup suspensi khusus, disesuaikan untuk tunggangan jalan raya dan off-road. Model GT dan GT Pro menampilkan suspensi Marzocchi, manakala Rally Pro mendapat manfaat dari suspensi Showa untuk fungsi yang tiada tandingan.

Pelanggan boleh memilih dari lebih 50 aksesori dan empat pek aksesori, termasuk kit prestasi, perlindungan, trekker, dan ekspedisi, untuk menyesuaikan Tiger 900 mereka mengikut keutamaan dan gaya tunggangan mereka.

Steve Sargent, Ketua Pegawai Produk Triumph, menekankan dedikasi jenama untuk menetapkan standard baru dalam kategori pengembaraan kelas pertengahan, bertujuan untuk memberikan lebih banyak prestasi, keupayaan, keselesaan, dan gaya dengan barisan Tiger 900 yang dipertingkatkan.

Tiger 900 GT – Warna Merah

On The Road

Tiger 900 GT bermula dari RM 72,900, Tiger 900 GT Pro dari RM 82,100, dan Tiger 900 Rally Pro dari RM 85,900.

Dengan pelancaran ini, Triumph Motorcycles Malaysia yakin dapat menawarkan pengalaman tunggangan yang tidak dapat dilupakan kepada para penunggang, sama ada di jalan raya atau di laluan lasak. Jadi, tunggu apa lagi? Datanglah ke pengedar Triumph terdekat dan alami sendiri kehebatan barisan baru ini!

Tiger 900 Rally Pro - Warna Kelabu
Tiger 900 Rally Pro - Warna Kelabu
Tiger 900 Rally Pro - Warna Kelabu
Tiger 900 Rally Pro - Warna Kelabu
Tiger 900 Rally Pro - Warna Kelabu
Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Kelabu
Tiger 900 GT
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT - Warna Merah
Tiger 900 GT

Baca: Daytona 660 – Triumph Perkenal Bab Baru Dalam Pasaran

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan