Triumph Malaysia, di bawah Didi Group, sekali lagi menggegarkan dunia motosikal dengan pelancaran model terbaharu mereka – Tiger Sport 800. Jentera sport-touring ini hadir dengan kombinasi kuasa, teknologi, dan reka bentuk yang bakal mengujakan peminat motosikal di Malaysia.
Dikuasakan oleh enjin tiga silinder 798cc, Tiger Sport 800 menjanjikan prestasi luar biasa dengan 115PS kuasa maksimum dan tork 84Nm. Ini bermakna anda bakal menikmati pecutan pantas dan kawalan yang lebih lancar dalam apa jua keadaan tunggangan. Tidak kira sama ada menunggang di jalan bandar yang sibuk atau meredah lebuh raya.
Dibina dengan
casis ringan yang memberikan kawalan lebih stabil. Tiger Sport 800 juga menampilkan suspensi boleh laras penuh dari Showa untuk pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan mantap. Ditambah dengan tangki bahan api 18.6 liter, motosikal ini direka untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak.Sebagai motosikal moden, Tiger Sport 800 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti:
Tiger Sport 800 direka dengan bentuk aerodinamik yang memberikan kestabilan maksimum. Ergonomiknya juga memastikan keselesaan terbaik untuk penunggang dan pembonceng. Menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang gemar touring. Bagi yang mementingkan gaya, motosikal ini hadir dalam empat warna menarik:
Tiger Sport 800 dijual pada harga RM63,900 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Lebih menarik, 30 pelanggan pertama yang menempah motosikal ini akan menerima pek touring Triumph bernilai RM11,000. Termasuk pannier, top box untuk dua helmet, rak bagasi, pad sandaran, dan kit stand tengah.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki jentera yang menggabungkan kuasa, keselesaan, dan teknologi terkini ini. Kunjungi pengedar rasmi Triumph hari ini atau layari www.triumph-motorcycles.my untuk maklumat lanjut!
Enjin & Transmisi:
Casis & Suspensi:
Brek & Roda:
Sistem Elektronik:
Dari Triumph Malaysia
Baca Juga Triumph Tiger Sport 660 – Lebih Canggih dengan Peningkatan Teknologi
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.