Suzuki Malaysia dengan bangganya memperkenalkan Suzuki GSX-8R, motosikal sukan baharu yang telah lama dinantikan peminat motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara.
Dengan harga cadangan (MSRP) RM53,800, GSX-8R menjanjikan pengalaman tunggangan yang mendebarkan serta prestasi luar biasa. Sejajar dengan reputasi Suzuki dalam dunia motosikal.
GSX-8R bukan sekadar motosikal biasa. Ia telah dinobatkan sebagai Sportsbike of the Year oleh Motorcycle News (MCN). Menambahkan satu lagi pencapaian selepas GSX-8S memenangi anugerah Best Naked Bike pada tahun sebelumnya.
Kejayaan berturut-turut ini membuktikan keunggulan teknologi Suzuki. Menggabungkan kuasa enjin yang padu, sistem elektronik canggih, dan talaan suspensi terbaik dalam satu pakej lengkap.
Dikuasakan oleh enjin kembar selari 776cc, GSX-8R menampilkan reka bentuk aerodinamik dengan fairing penuh yang direka untuk mengoptimumkan prestasi di jalan raya mahupun litar. Suspensi hadapan menggunakan Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) Fork untuk kawalan dan kestabilan yang lebih baik.
Teknologi seperti Suzuki Traction Control System (STCS) memberikan keyakinan kepada penunggang dengan tiga mod pelarasan. Manakala Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) menawarkan pelbagai pilihan mod tunggangan untuk pengalaman yang disesuaikan.
GSX-8R juga dilengkapi quickshifter untuk pertukaran gear yang lebih lancar dan paparan TFT 5-inci yang memaparkan maklumat penting secara jelas.
Rekaan ergonomik GSX-8R bukan sahaja selesa untuk tunggangan harian, tetapi juga mengekalkan gaya sporty yang agresif. Dengan pilihan warna Metallic Triton Blue dan Metallic Matte Sword Silver, motosikal ini memadukan fungsi dan estetika dengan sempurna.
Kehebatan GSX-8R terbukti melalui pencapaian Team Hammer dalam siri perlumbaan di Amerika. Termasuk kemenangan ke-133 mereka dalam AMA Pro dan MotoAmerica National. Ini menunjukkan motosikal ini bukan sahaja mampu memberikan prestasi tinggi, tetapi juga bersedia untuk bersaing di peringkat profesional.
Suzuki GSX-8R kini boleh didapati di rangkaian pengedar sah Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Dengan gabungan kuasa, gaya, dan teknologi canggih, motosikal ini adalah pilihan sempurna untuk penggemar motosikal berprestasi tinggi.
Layari laman web rasmi Suzuki Malaysia atau hubungi pengedar terdekat untuk maklumat lanjut. Rasai pengalaman tunggangan luar biasa bersama GSX-8R hari ini!
Dari Suzuki Malaysia
Baca Juga Tunggang Jarak Jauh – Suzuki V-Strom 250SX
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.