Boon Siew Honda terus menghidupkan semangat gaya dan mobiliti harian dengan pelancaran warna baharu untuk model skuter popular mereka, Honda Vario 160.
Kalau sebelum ini kita dah biasa lihat Vario 160 dalam tona warna yang agak klasik, kini ia tampil lebih ‘hidup’ dan berani dengan tiga pilihan warna baharu – Silver, Merah Matte, dan Kuning.
Sekilas pandang, nampak macam lebih sporty dan moden, sesuai untuk rider yang mahu gaya dan fungsi dalam satu pakej.
Tiga warna ini bukan sekadar untuk nampak cantik di jalan – ia melengkapkan karakter Vario 160 sebagai skuter yang ringkas. Tetapi sarat dengan teknologi dan prestasi. Warna kuning mencuri perhatian bagi mereka yang suka tampak lebih menonjol. Manakala merah matte membawa aura premium. Warna perak pula sesuai untuk mereka yang sukakan gaya elegan dan minimalis.
Namun jangan risau, warna-warna terdahulu seperti Biru, Merah, Hijau dan Biru Matte masih ditawarkan untuk mereka yang suka gaya lebih klasik atau gelap. Jadi, banyak pilihan ikut citarasa masing-masing!
Bermula 11 April 2025, model ini akan mula memasuki bilik pameran Honda Impian X dan pengedar sah seluruh negara. Untuk varian warna Kuning, ia ditawarkan pada harga RM10,198.00. Warna Perak dan Merah Matte pula sedikit premium, pada harga RM10,498.00. Manakala warna sedia ada masih mengekalkan harga yang sama – Blue & Red pada RM10,198 dan Green & Matte Blue pada RM10,498.
Nota: Semua harga adalah cadangan harga jualan (RRP) dan belum termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.
Di sebalik gayanya yang segar, Vario 160 dikuasakan oleh enjin 157cc eSP+ yang dipadankan dengan sistem PGM-FI. Memberikan prestasi responsif dan penggunaan bahan api yang efisien ia turut disahkan sebagai Energy Efficient Vehicle (EEV).
Sistem keselamatan pun bukan biasa-biasa. Ia dilengkapi dengan ABS, brek cakera depan dan belakang. Serta sijil MyMAP yang menambah keyakinan ketika menunggang. Teknologi Honda Smart Key System pula memudahkan enjin dihidupkan dengan fungsi anti-theft alarm, answer back system, dan suis pintar tanpa kunci.
Lampu LED penuh, port pengecas USB di ruang simpanan depan, serta speedometer digital penuh yang memaparkan maklumat penting. Seperti penggunaan minyak dan jam menjadikan Vario 160 sangat praktikal untuk kegunaan harian. Tambahan lagi, kotak simpanan 18 liter, tayar lebih lebar
. Serta rangka ringan eSAF menyempurnakan tunggangan yang stabil dan selesa.Boon Siew Honda turut memberikan jaminan dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu – jadi anda boleh tunggang dengan tenang. Untuk info lanjut, layari boonsiewhonda.com.my atau kunjungi Honda Impian X berhampiran. Nak lebih pantas, boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993.
Dari Boon Siew Honda Malaysia
Baca Juga Boon Siew Honda Perkenal X-ADV 2025, Harga Bawah RM70K
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.