BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan senjata kembara terbaharu mereka, BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu. Kalau anda peminat tegar motosikal kembara, ini adalah “beast” yang anda tunggu selama ini – dan kali ini, ia bukan sekadar naik taraf, tapi rombakan keseluruhan dari kepala hingga ekzos.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, menyatakan, “Model ini adalah manifestasi sebenar semangat ‘Make Life A Ride’. Kami mahu rakyat Malaysia merasai sendiri kehebatan teknologi, keselesaan dan kebebasan yang ditawarkan oleh jentera ini. Tak kira seberapa jauh destinasi anda – R 1300 GS Adventure bersedia menempuhnya.”
Enjin boxer 2-silinder yang menjadi identiti ikonik model GS masih kekal tapi dengan kuasa padu 145hp dan tork 149Nm dari enjin 1,300cc yang lebih kompak, efisien dan berkuasa.
Dilengkapi teknologi BMW ShiftCam, jentera ini bukan sahaja pantas, malah bijak dalam penggunaan bahan api. Dan jangan lupa, sistem ekzos stainless steel 2-dalam-1 menjanjikan bunyi yang garang tapi sedap didengar.
Tangki bahan api aluminium 30 liter? Ini bukan motosikal untuk pekan ke pekan. Ini mesin untuk benua ke benua.
Dengan pelbagai mod tunggangan, termasuk “Rain”, “Road”, “Eco”, “Enduro” dan tambahan seperti “Dynamic Pro”, penunggang boleh sesuaikan jentera ikut permukaan dan gaya tunggangan.
Brek sukan, sistem gear auto-clutch (Bantuan Penukaran Gear Automatik), dan pelbagai pakej canggih kini jadi standard – anda cuma tinggal pegang pemegang dan nikmati perjalanan.
Sistem suspensi pun bukan biasa-biasa – Dynamic Suspension Adjustment kini lebih pintar, adaptif, dan selesa untuk penunggang solo atau bersama penumpang dan muatan. Ditambah kawalan ketinggian automatik, BMW benar-benar fikirkan semua jenis penunggang, dari yang bertubuh tinggi ke yang lebih rendah.
Mata jentera ini menggunakan lampu utama LED Matrix adaptif, dipasangkan bersama lampu siang dan sisi LED. Menyinari malam dan jalan hutan dengan penuh keyakinan.
Tambahan dua lampu kabus ultra-rendah dan isyarat LED dalam pelindung tangan. Perincian yang praktikal tapi masih nampak ganas.
Paparan TFT 6.5 inci penuh warna pula bukan setakat tunjuk laju dan mod tunggangan. Ada paparan Sport khas. Tunjuk sudut condong, daya cengkaman, brek dan takometer – semua supaya anda boleh ‘baca’ prestasi jentera anda.
Dan dengan BMW Motorrad Connected App, semua data motosikal dan navigasi boleh diakses dari telefon pintar. Anda boleh tunggang sambil connected – ala-ala superbike dengan otak digital.
Varian | Harga (Anggaran, OTR) |
Racing Red | RM150,000 |
Triple Black | RM155,000 |
GS Trophy | RM155,000 |
Option 719 Karakorum | RM165,000 |
Termasuk waranti 3 tahun dan bantuan tepi jalan 3 tahun.
BMW R 1300 GS Adventure ini bukan sekadar motosikal – ia adalah satu bentuk kebebasan dalam bentuk logam, teknologi dan gaya. Dari puncak banjaran ke jalanan kota, ini adalah jentera yang bukan saja mahu ditunggang – ia mahu dijelajah, diterokai dan dirasai.
Kalau anda dah lama cari mesin yang boleh bawa anda ke mana saja – ini jawapannya.
Untuk info lanjut, layari: BMW Motorrad Malaysia
Dari BMW Motorrad Malaysia
Baca Juga BMW S1000RR 2025 – Kestabilan Dipertingkat, Rupa Dikemaskini
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.