Motosikal

Benda LFC700 Pro, Cruiser ‘Luar Kotak’ yang Bikin Ramai Pandang Dua Kali

Share

Kalau kita fikir semua motosikal jenis cruiser itu sama, perlahan dan klasik semata-mata, Benda LFC700 Pro datang nak betulkan tanggapan tu. 

Ini bukan sekadar cruiser biasa, ini jentera yang berani lain macam — tampil dengan gaya agresif dan teknologi moden yang bukan calang-calang.

Pengedar Rasmi Benda Motors

Diperkenalkan secara rasmi sempena pelancaran Mforce Best Shop Gee Leong Motor (M) Sdn. Bhd., LFC700 Pro ditawarkan pada harga permulaan RM48,888 (belum termasuk cukai jalan dan insurans).

Dengan dua warna pilihan — Black dan Gold — motosikal ini memang mencuri tumpuan sejak awal lagi.

Di bawah badannya, terletak enjin 676cc empat silinder sebaris (SOHC, 16-injap) yang disejukkan dengan cecair dan menggunakan sistem EFI. Ia mampu hasilkan kuasa setinggi 92HP pada 11,000rpm dan tork 63Nm pada 8,500rpm. Cukup untuk buatkan pesaing dalam kelasnya rasa panas punggung.

Transmisi 6-kelajuan dengan pacuan rantai digandingkan bersama klac jenis ‘slipper clutch’, menjadikan pertukaran gear lebih lancar. Walau ditarik sampai redline. Sistem pelinciran jenis tekanan dan percikan pula bantu kurangkan geseran dan panaskan enjin secara konsisten. Satu kombinasi yang jarang kita lihat dalam cruiser.

Reka Bentuk LFC700 Pro

Dari segi rupa, LFC700 Pro menggunakan lampu spotlight boleh lipat. Serta pencahayaan LED penuh termasuk lampu utama, brek dan kecemasan. 

Ia bukan saja nampak garang tapi juga praktikal. Tambah pula sistem RAM-air intake — yang salurkan udara bertekanan tinggi terus ke ruang pembakaran. Menjadikan motosikal ini bukan sahaja nampak laju, tapi memang betul-betul laju.

Suspensi? Jangan risau. Fork depan jenis upside-down dan suspensi udara monoshock belakang boleh dilaras ikut kehendak penunggang. Jadi tak kira jalan kampung ke highway, tunggangan kekal stabil dan selesa. 

Tambah lagi sistem ABS dua saluran dan Traction Control System (TCS) yang boleh on/off, memang lengkap habis dari segi keselamatan.

Saiz tayar depan 130/70-19 dan belakang 300/35-18. Gabungan ni beri cengkaman dan kawalan yang jitu. Sama ada nak lenjan kat selekoh atau cruising santai di lebuh raya.

Perincian Menarik Yang Lain

Antara ciri menarik lain termasuk pelindung gesper kekuatan tinggi (Composite Buckle Armor), radiator besar untuk kawalan suhu. Serta tempat duduk ergonomik untuk keselesaan tunggangan jarak jauh. 

Paparan digital TFT 5 inci menyajikan info penting dengan jelas. Dan port USB memudahkan pengecasan peranti waktu menunggang.

Dimensi & Waranti Motosikal

Dengan panjang 2,430mm, lebar 880mm, tinggi 1,110mm dan berat 287kg, LFC700 Pro memang jentera yang besar tapi tak rasa berat bila dah bergerak. 

Ketinggian tempat duduk 695mm dan tangki 17 liter menjadikannya sesuai untuk perjalanan jauh tanpa kerap berhenti isi minyak.

Dan paling best, motosikal ini datang dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan. Serta sokongan alat ganti tulen atas talian daripada Mforce, satu kelebihan besar dalam pemilikan jangka panjang.

Kesimpulannya, Benda LFC700 Pro bukan saja ubah cara kita tengok motosikal cruiser, tapi juga letakkan penanda aras baru dalam segmen ni. Kalau kau cari sesuatu yang unik, berkuasa dan penuh gaya — ini lah dia.

Dari MForce Bikes Marketing

Baca Juga Benda Chinchilla 500 – Cruiser Terbaharu dengan Kuasa Mengagumkan!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan