Acara SEMA Show 2025 sememangnya menjadi pentas utama bagi pengeluar dan pembina kustom automotif dunia menonjolkan kreativiti masing-masing. Tahun ini, Mopar,  divisyen rasmi alat ganti dan aksesori untuk jenama di bawah kumpulan Stellantis  tampil dengan dua konsep yang cukup mencuri perhatian: Ram 1500 “The Dude” dan Dodge Charger “Sixpack” 2026.

Ram 1500 “The Dude”

Nama “The Dude” bukan sekadar unik, ia sebenarnya membawa nostalgia kepada versi Dodge Dude Sport Trim yang pernah menghiasi trak Dodge Sweptline sekitar tahun 1969 hingga 1970. Model itu terkenal dengan garisan sisi berbentuk “C-stripe”, bumbung kontras dan logo “Dude” yang menonjol

Mopar Pamer Dua Model Konsep di SEMA 2025, Ram 1500 “The Dude” & Dodge Charger “Sixpack”
Kredit Foto : Website caranddriver

Versi moden ini, Ram 1500 The Dude Concept, diasaskan daripada model Ram 1500 Big Horn yang menggunakan enjin V8 HEMI, dikemaskini dengan sentuhan retro yang digabungkan bersama elemen prestasi moden. Trak ini tampil lebih rendah dengan rim satin hitam bersaiz 22 inci, sistem ekzos sisi, serta warna Sublime Green yang terang.

Mopar Pamer Dua Model Konsep di SEMA 2025, Ram 1500 “The Dude” & Dodge Charger “Sixpack”
Kredit Foto : Website caranddriver

Bahagian hud menerima panel hitam bertekstur, manakala gril, cermin sisi dan bumbung turut diseragamkan dengan tona badan. Di bahagian dalam, ruangan kabin berwarna hitam diserikan dengan jahitan hijau terang dan logo “Dude” pada papan pemuka. Mopar turut menambah peti keselamatan kecil dalam konsol tengah yang menyuntik elemen praktikal tanpa menjejaskan gaya retro.

Ads
Mopar Pamer Dua Model Konsep di SEMA 2025, Ram 1500 “The Dude” & Dodge Charger “Sixpack”
Kredit Foto : Website caranddriver

Dodge Charger “Sixpack”

Jika Ram 1500 “The Dude” meraikan sejarah, konsep Dodge Charger “Sixpack” 2026 pula melambangkan evolusi prestasi moden. Walaupun ramai menjangkakan model ini akan sepenuhnya elektrik, Mopar tampil berani memperkenalkan varian enjin petrol 3.0L twin-turbo enam silinder sebaris, disertakan dengan sistem cold-air intake Mopar dan ekzos keluli tahan karat dwi-hala untuk meningkatkan respons kuasa serta bunyi enjin yang garang.

Mopar Pamer Dua Model Konsep di SEMA 2025, Ram 1500 “The Dude” & Dodge Charger “Sixpack”
Kredit Foto : Website caranddriver

Tampil dengan warna Stryker Purple, konsep ini menyerlahkan aura mewah dan agresif dengan hud, splitter dan spoiler gentian karbon satin, serta pelekat “strobe” pada bahagian sisi. Suspensi pula direndahkan satu inci menggunakan kit spring Mopar, memberikan postur lebih sporty.

Ads

Rekaan badan lebar dengan fender berongga memberi laluan udara dari ruang roda, sementara rim Brass Monkey lima jejari bersaiz 21 inci  bersama angkup brek Brembo oren menaikkan aura kereta ini.

Mopar Pamer Dua Model Konsep di SEMA 2025, Ram 1500 “The Dude” & Dodge Charger “Sixpack”
Kredit Foto : Website caranddriver

Kabin dalaman pula menampilkan suasana moden dengan pencahayaan ambien adaptif, tempat duduk kulit Katzkin hitam dan tan, serta jahitan oren dan ungu yang sepadan dengan warna luar. Aksesori tambahan termasuk pedal khas, pelapik lantai serta tikar ruang kargo eksklusif Mopar melengkapkan sentuhan akhir konsep ini.

Ads
Mopar Pamer Dua Model Konsep di SEMA 2025, Ram 1500 “The Dude” & Dodge Charger “Sixpack”
Kredit Foto : Website caranddriver

Kedua-dua konsep ini bukan sekadar pameran visual, tetapi juga manifestasi identiti Mopar antara gabungan warisan klasik, kuasa dan gaya kustom.

Baca Juga : GAC M8 PHEV, MPV Mewah Kini Ditawarkan Bermula RM328,800

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI