Sempena ulang tahun ke-30, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM, pengeluar ini telah melancarkan sebuah skuter premium serba baharu ELIT 150S. Model ini disasarkan kepada penunggang dalam bandar yang mahukan gaya, teknologi dan praktikaliti dalam satu pakej.
ELIT 150S tampil dengan gaya ranggi dan kemasan eksklusif. Lampu utama twin-eye LED bersama lampu siang (DRL) meningkatkan tahap pencahayaan, manakala sistem Smart Key
memberi kemudahan tanpa kunci yang lebih selamat.Skuter ini turut dilengkapi ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 23 liter, cukup luas untuk menyimpan topi keledar atau barang keperluan harian. Panel meter LCD digital pula memberikan paparan jelas, dipadankan dengan ciri keselamatan seperti brek cakera depan dan belakang, penyerap hentakan berkembar di belakang, serta sistem lampu hazard untuk meningkatkan keyakinan di jalan raya.
Jantung ELIT 150S digerakkan oleh enjin 150cc, 4-lejang, penyejukan cecair yang mematuhi piawaian Euro 4. Unit ini mampu menghasilkan kuasa 10.5kW pada 8,250 rpm serta tork 13.5Nm pada 6,750 rpm.
Gabungan prestasi dan penjimatan bahan api ini diperkukuhkan dengan tangki berkapasiti 12 liter
, yang mampu memberi jarak perjalanan sehingga 480 kilometer dengan sekali isian penuh.Reka bentuk tempat duduk dan kedudukan tunggangan lebih ergonomik untuk memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng. Dengan sistem suspensi yang seimbang, ELIT 150S sesuai digunakan sama ada untuk ulang-alik kerja di bandar mahupun perjalanan lebih jauh. ELIT 150S diperkenalkan dalam dua pilihan warna iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, berkata pelancaran ini adalah simbol perjalanan 30 tahun syarikat yang terus berinovasi.
“ELIT 150S menggambarkan gabungan legasi tiga dekad MODENAS dengan hala tuju masa depan. Ia bukan sekadar kenderaan, tetapi penyelesaian mobiliti yang bergaya, selesa dan boleh dibanggakan,”
katanya.Selain mengukuhkan segmen skuter premium dalam pasaran tempatan, MODENAS turut merancang untuk memperluas capaian ke pasaran luar seperti Timur Tengah, China dan Filipina, di samping melabur dalam R&D, teknologi hijau dan pembangunan bakat TVET.
Modenas EV: Dari Modenas CTric ke Model MEV Terkini
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.