MODENAS raikan 30 tahun dengan pelancaran skuter premium ELIT 150S

Sempena ulang tahun ke-30, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM, pengeluar ini telah melancarkan sebuah skuter premium serba baharu ELIT 150S. Model ini disasarkan kepada penunggang dalam bandar yang mahukan gaya, teknologi dan praktikaliti dalam satu pakej.

MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

Rekaan moden dengan ciri premium

ELIT 150S tampil dengan gaya ranggi dan kemasan eksklusif. Lampu utama twin-eye LED bersama lampu siang (DRL) meningkatkan tahap pencahayaan, manakala sistem Smart Key memberi kemudahan tanpa kunci yang lebih selamat.

MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

Skuter ini turut dilengkapi ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 23 liter, cukup luas untuk menyimpan topi keledar atau barang keperluan harian. Panel meter LCD digital pula memberikan paparan jelas, dipadankan dengan ciri keselamatan seperti brek cakera depan dan belakang, penyerap hentakan berkembar di belakang, serta sistem lampu hazard untuk meningkatkan keyakinan di jalan raya.

MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

Ads

Enjin 150cc, berkuasa dan jimat bahan api

Jantung ELIT 150S digerakkan oleh enjin 150cc, 4-lejang, penyejukan cecair yang mematuhi piawaian Euro 4. Unit ini mampu menghasilkan kuasa 10.5kW pada 8,250 rpm serta tork 13.5Nm pada 6,750 rpm.

Gabungan prestasi dan penjimatan bahan api ini diperkukuhkan dengan tangki berkapasiti 12 liter, yang mampu memberi jarak perjalanan sehingga 480 kilometer dengan sekali isian penuh.

MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

Keselesaan untuk penunggang harian

Reka bentuk tempat duduk dan kedudukan tunggangan lebih ergonomik untuk memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng. Dengan sistem suspensi yang seimbang, ELIT 150S sesuai digunakan sama ada untuk ulang-alik kerja di bandar mahupun perjalanan lebih jauh. ELIT 150S diperkenalkan dalam dua pilihan warna iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey.

Ads

MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

Langkah strategi MODENAS

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, berkata pelancaran ini adalah simbol perjalanan 30 tahun syarikat yang terus berinovasi.

“ELIT 150S menggambarkan gabungan legasi tiga dekad MODENAS dengan hala tuju masa depan. Ia bukan sekadar kenderaan, tetapi penyelesaian mobiliti yang bergaya, selesa dan boleh dibanggakan,” katanya.

Ads

MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

Selain mengukuhkan segmen skuter premium dalam pasaran tempatan, MODENAS turut merancang untuk memperluas capaian ke pasaran luar seperti Timur Tengah, China dan Filipina, di samping melabur dalam R&D, teknologi hijau dan pembangunan bakat TVET.

Modenas EV: Dari Modenas CTric ke Model MEV Terkini

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI