
MODENAS memperkemaskan skuter ELIT 150S dengan tiga penambahbaikan produk, termasuk kemas kini pada program ECU, selain memperkenalkan tiga pilihan warna dan grafik baharu.
Kemas kini terbaharu ini memberi tumpuan kepada beberapa komponen asas serta karakter operasi enjin, pada masa yang sama memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mencari sebuah skuter untuk kegunaan harian.
Antara perubahan paling menarik ialah program Electronic Control Unit (ECU)
yang telah dikemas kini.Menurut MODENAS, tetapan baharu itu dilakukan bagi mengoptimumkan masa suntikan bahan api ketika motosikal bergerak pada kelajuan lebih tinggi.
Pada masa sama, tahap RPM cut-off turut dinaikkan.
Walaupun MODENAS tidak mendedahkan angka RPM baharu atau perubahan terhadap output kuasa, kemas kini itu dijangka memberikan operasi enjin yang lebih sesuai ketika berada pada julat putaran tinggi.
Selain ECU, mekanisme spring pada penutup tangki bahan api turut menerima reka bentuk baharu bagi memastikan kedudukannya lebih baik ketika digunakan.
Satu soket yang tidak digunakan dan sebelum ini terdedah pada bahagian hadapan motosikal pula telah dibuang.
Secara ringkas, tiga penambahbaikan ELIT 150S melibatkan:
Bagi menyegarkan penampilannya, ELIT 150S kini ditawarkan dalam tiga pilihan warna dan grafik baharu iaitu Amazon Green, Glorious Black dan Nardo Grey.
Pilihan berkenaan memberikan lebih banyak variasi kepada pengguna bandar, sama ada mahukan penampilan lebih menonjol atau warna yang lebih ringkas dan kemas.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, pengenalan kemas kini bersama pilihan warna serta grafik baharu bertujuan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan sambil memastikan rangkaian motosikal syarikat terus relevan.
Beliau berkata, penambahbaikan tersebut juga mencerminkan usaha berterusan MODENAS dalam aspek pembangunan produk, kualiti dan kepuasan pelanggan.
MODENAS ELIT 150S dengan kemas kini terbaharu ini mula ditawarkan di semua pengedar sah MODENAS seluruh negara bermula 10 September 2026.
Model berkenaan dijual pada harga RM7,877, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Baca Juga : MODENAS Z15GT Hadir dengan Warna Baharu
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.