Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), subsidiari milik penuh DRB-HICOM Berhad, sekali lagi mencetuskan tumpuan dalam segmen skuter tempatan dengan pelancaran rasmi model Modenas Elegan EX versi facelift.
Motosikal ini bukan sekadar tampil dengan kemas kini kosmetik, malah turut menerima sentuhan teknologi dan ciri baharu bagi meningkatkan pengalaman tunggangan seiring dengan citarasa penunggang masa kini.
Ditawarkan pada harga RM17,780, model ini kini boleh didapati di semua bilik pameran pengedar sah MODENAS di seluruh negara.
MODENAS memperkenalkan pelbagai pembaharuan pada rekaan luaran dan kelengkapan teknikal:
Skrin angin baharu
berpenampilan lebih sporty – bukan sahaja menyerlahkan gaya, malah turut meningkatkan aspek aerodinamik ketika tunggangan.Lampu isyarat hadapan LED – memberi pencahayaan lebih jelas dan menjimatkan tenaga.
Dua pilihan warna premium baharu: Deep Blue dan Plain Grey – menambahkan daya tarikan visual di jalan raya.
Logo MODENAS dikemas kini pada pelbagai komponen seperti skrin angin, penutup pemegang, fender belakang, meter kelajuan dan kunci pencucuhan – menyuntik identiti jenama yang lebih moden dan sofistikated.
Modenas Elegan EX facelift mengekalkan enjin 249cc satu silinder, SOHC dengan sistem penyejukan cecair.
Enjinmotosikal ini menghasilkan kuasa 22.4hp pada 7,000rpm serta tork maksimum 22.4Nm pada 6,500rpm.
Dipadankan dengan transmisi automatik CVT, skuter ini menawarkan prestasi pecutan yang lancar dan responsif, sama ada di laluan bandar yang sibuk atau ketika menempuh perjalanan jauh di lebuh raya.
Kapasiti tangki bahan api 14 liter membolehkan penunggang menikmati jarak perjalanan yang lebih jauh.
Aspek keselamatan turut diberi penekanan menerusi penggunaan brek cakera di hadapan dan belakang yang disertakan dengan sistem Anti-lock Braking System (ABS).
Sistem suspensi turut dipertingkat dengan fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Menurut En. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS:
“Elegan EX sememangnya telah lama menjadi pilihan penunggang yang mementingkan keselesaan, praktikaliti dan prestasi. Versi baharu ini tampil lebih menarik dengan rekaan kontemporari dan penambahbaikan dari segi fungsi – memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman tunggangan yang premium.”
Kenyataan ini mencerminkan iltizam MODENAS dalam mengekalkan kepercayaan pelanggan sambil menerajui inovasi dalam industri dua roda tempatan.
Dengan kombinasi rekaan moden, ciri keselamatan dipertingkat, serta prestasi enjin yang mantap, Modenas Elegan EX facelift muncul sebagai skuter serba lengkap bagi penunggang yang mengutamakan gaya, keselesaan dan kuasa.
Elegan EX kekal sebagai pilihan unggul untuk kegunaan harian di bandar mahupun untuk penjelajahan jarak jauh.
Model ini membuktikan bahawa motosikal buatan tempatan juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa dari segi reka bentuk dan kejuruteraan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MODENAS di www.modenas.my.
Anda juga boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan MODENAS di 1-800-880-181, atau WhatsApp ke 019-570 8135.
Baca Juga : 5 Motosikal Modenas Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.