Automotif

Mitsubishi Xpander 2024 – MPV Baharu Gaya Moden

Share

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan facelift terbaharu MPV popular mereka, Mitsubishi XPANDER 2024

Dengan reka bentuk yang lebih dinamik dan pelbagai penambahbaikan, XPANDER 2024 hadir untuk memuaskan keperluan keluarga moden yang mencari MPV serba boleh dengan gaya yang lebih mantap.

Kredit – Careta

Reka Bentuk yang Lebih Gagah dan Terkini

XPANDER 2024 kini tampil dengan penggayaan yang lebih canggih. Unit lampu LED penuh menghiasi bahagian depan dan belakang MPV ini, selaras dengan trend automotif terkini. 

Pada bahagian belakang, XPANDER hadir dengan

lampu rekaan baharu, spoiler belakang tambahan, dan bampar yang disesuaikan untuk memberikan imej lebih moden dan aktif.

Satu lagi kelebihan besar model ini adalah jarak lega bumi 225mm, yang terbaik dalam kelasnya, menjadikan pemanduan lebih selesa di pelbagai keadaan jalan. 

Ruang dalaman juga amat mengagumkan, dengan 837 liter ruang simpanan apabila tempat duduk baris kedua dilipat. Ini menjadikan XPANDER sangat praktikal untuk keperluan harian dan percutian keluarga.

Kredit – Careta

Teknologi dan Keselesaan Memandu

XPANDER 2024 tidak hanya memfokuskan pada reka bentuk luaran, tetapi juga menawarkan pelbagai ciri teknologi terkini di dalam kabinnya. 

Antaranya, paparan infotainmen 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Memudahkan penumpang untuk mengakses aplikasi telefon pintar mereka. Selain itu, paparan TFT LCD 4.2 inci memberikan visual yang jelas untuk pemandu.

Ciri-ciri tambahan seperti pad pengecasan tanpa wayar, kerusi balutan leatherette, scuff plate, dan visor pintu menambah kemewahan dan keselesaan. 

Untuk meningkatkan keselamatan, XPANDER juga dilengkapi dengan perakam video pemanduan belakang dan brek letak kenderaan elektrik. Ini menjadikan pengalaman memandu lebih mudah dan selamat.

Kredit – Careta

Prestasi Enjin yang Ditingkatkan

Di bawah bonet, Mitsubishi XPANDER 2024 menggunakan enjin 1.5L MIVEC DOHC menghasilkan 105PS dan 141Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan, memberikan prestasi yang lancar untuk perjalanan bandar dan lebuh raya.

Dua Varian untuk Pilihan

Mitsubishi XPANDER 2024 ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula dari RM99,980 hingga RM109,980. Harga pengenalan ini sah sehingga 31 Disember 2024, jadi ini adalah masa terbaik untuk membuat tempahan awal.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, “XPANDER baharu ini direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden dengan reka bentuk yang elegan serta keupayaan serba boleh.” Sejak tempahan dibuka pada 12 September 2024, sambutan terhadap model ini amat menggalakkan.

Dengan segala peningkatan ini, Mitsubishi XPANDER 2024 pasti akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari MPV bergaya, praktikal, dan serba boleh.

Dari Careta 

Baca Juga Mitsubishi Triton AT Premium, Varian Terbaharu Hadir Dengan Rekaan Lebih Sporty

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan