MINI Malaysia nampaknya tidak perlahankan rentaknya tahun ini. Selepas sembilan bulan memperkenalkan barisan MINI serba baharu, kini mereka kembali lagi. Kali ini dengan tiga jentera penuh karakter dan adrenalin: dua model elektrik berprestasi tinggi John Cooper Works (JCW). Serta sebuah MINI Cooper Convertible yang tampil dengan gaya bumbung terbuka penuh personaliti.
Nama John Cooper Works bukanlah asing dalam dunia MINI. Ia sinonim dengan prestasi, kelincahan ala go-kart, dan DNA sukan permotoran yang diangkat dari zaman Monte Carlo lagi. Dan kini, warisan itu diteruskan dalam versi petrol dan elektrik sepenuhnya.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, menjelaskan, “JCW bukan sekadar model – ia satu simbol. Kini kami bukan sahaja mengekalkan semangat perlumbaan itu, tapi membawa ia ke era elektrifikasi.”
Barisan baharu ini merangkumi:
Kesemua model JCW tampil dengan aura tersendiri: gril hitam berkilat, bumbung Chili Red, jalur bonet garang, rim sukan hingga 19 inci, dan spoiler belakang yang menyerlahkan imej sporty mereka.
Bahagian dalam pula? Warna hitam-merah mendominasi, lengkap dengan tempat duduk sukan, paparan bulat OLED 240mm dengan mod JCW eksklusif, dan sistem bunyi Harman Kardon yang berkualiti tinggi.
Dan untuk model elektrik – pengecasan pantas DC membolehkan cas 10% ke 80% dalam hanya 30 minit. Nak full charge AC? Hanya ambil 5 jam 15 minit – cukup untuk semalaman tidur.
Kalau JCW mewakili semangat perlumbaan, MINI Cooper Convertible baharu pula melambangkan gaya hidup santai yang tak mahu dikongkong.
Dengan bumbung kain automatik yang boleh dibuka penuh atau sebahagian (sebagai sunroof) dalam masa 18 saat. Walaupun kereta tengah bergerak sehingga 30 km/j.
MINI ini memang sesuai untuk mereka yang nak nikmati angin pagi Kuala Lumpur atau matahari petang di tepi pantai.
Di bawah bonetnya, enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 204hp dan 300Nm. Pecut dari 0-100 km/j? Hanya 6.9 saat. Dan walaupun ia nampak comel, MINI Cooper Convertible ini penuh prestasi.
Pengendaliannya yang mantap dengan warisan ala go-kart, tapi kini lebih matang dengan sistem digital penuh – skrin OLED, Head-Up Display, dan Sistem Operasi MINI 9 yang diinspirasikan dari telefon pintar.
Unit Interaksi MINI menyatukan fungsi kluster dan paparan tengah, dan dilengkapi juga dengan Pembantu Suara Pintar MINI serta sistem bunyi Harman Kardon 12 speaker untuk hiburan maksimum.
Semua model baharu MINI ini didatangkan dengan sistem keselamatan dan bantuan pemanduan terkini, seperti:
Dengan pelancaran ini, MINI Malaysia bukan sahaja menyambung legasi – mereka mencipta masa depan baharu untuk pemanduan berprestasi tinggi dan penuh gaya. Sama ada anda seorang purist petrolhead atau pencinta EV moden, MINI kini ada sesuatu yang boleh membuat jantung anda berdegup lebih laju.
Dari MINI Malaysia
Baca Juga MINI Cooper S Convertible 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.