Automotif

MG Cyberster – Bintang Baru MG di Malaysia

Share

SAIC Motor Malaysia telah melancarkan MG Cyberster, roadster elektrik dua tempat duduk pertama di Malaysia. Ini bersempena sambutan ulang tahun ke-100 jenama MG. Dengan harga rasmi RM319,900. Kereta sport elektrik ini dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Pelancaran ini turut menampilkan kehadiran Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, bersama Lee Wen Hsiang, Ketua Pegawai Operasi, dan tetamu kehormat lain.

MG Cyberster – Gabungan Kuasa dan Gaya

Sebagai model yang membawa revolusi dalam dunia roadster elektrik, MG Cyberster dilengkapi dengan teknologi yang mengagumkan. Ia menawarkan kuasa maksimum 503 PS (375 kW) dengan tork setinggi 725 Nm melalui pacuan semua roda (4WD). 

Pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 3.2 saat, menjadikannya pilihan utama untuk peminat kelajuan.

Dari aspek kecekapan tenaga, bateri 77 kWh yang dimuatkan dalam Cyberster memberikan jarak pemanduan sehingga 446 km. Selain itu, ia menyokong pengecasan pantas, membolehkan bateri dicas dari 10% hingga 80% dalam hanya 38 minit.

Reka Bentuk Futuristik

Cyberster turut menyerlah dengan pintu gunting elektrik tanpa bingkai, roda aloi 20 inci Jetstream, dan ruang dalaman sporty mewah. Sistem infotainmen canggih serta audio premium Bose melengkapkan pengalaman pemanduan. Manakala ciri keselamatan MG Pilot memberikan ketenangan minda di jalan raya.

Kereta ini hadir dalam empat pilihan warna menarik – Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White, dengan dalaman elegan yang sepadan. Semua varian turut disertakan dengan tudung hitam yang menambah sentuhan eksklusif.

Pakej Waranti dan Faedah Eksklusif

Pembeli MG Cyberster boleh menikmati pakej waranti komprehensif, termasuk:

  • 7 tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan.
  • 8 tahun atau 180,000 km untuk bateri voltan tinggi.
  • 8 tahun atau 160,000 km untuk pacuan motor dan unit kawalan motor.
  • 1 tahun pengecasan tanpa had melalui JomCharge.
  • Kotak pengecasan dinding 7kW percuma untuk kemudahan pengecasan di rumah.

Model MG Lain di KLIMS 2024

Selain Cyberster, SAIC Motor Malaysia turut mempamerkan model terkini dan akan datang seperti MG5, MG HS SUV, serta konsep futuristik MG4 EV. 

Model-model baharu termasuk MG3 HEV, MG7, dan MG ZS HEV turut diperkenalkan. Memperlihatkan komitmen MG dalam menawarkan lebih banyak pilihan untuk rakyat Malaysia.

Tawaran istimewa disediakan sepanjang acara ini. Antaranya, pembeli MG5 dan MG HS boleh menikmati rebat sehingga RM7,000. Manakala pemilik MG ZS EV atau MG4 EV berpeluang mendapat ansuran percuma sehingga 20 bulan.

Legasi dan Masa Depan MG

“MG Cyberster adalah simbol kebanggaan kami dalam reka bentuk dan inovasi. Menandakan permulaan era baharu untuk MG di Malaysia,” kata Emory QiFeng. Beliau juga menegaskan komitmen MG dalam menyokong agenda kelestarian negara dengan menawarkan kenderaan cekap tenaga yang memenuhi piawaian keselamatan global.

Sambutan ulang tahun ke-100 MG ini bukan sahaja meraikan sejarah gemilang jenama itu, tetapi juga memandang ke masa depan yang lebih canggih. Untuk maklumat lanjut, kunjungi media sosial MG Motor Malaysia dan jangan lepaskan peluang menyertai keluarga MG!

Dari MG Malaysia

Baca Juga MG5 Malaysia Berbeza dengan Unit Diuji ANCAP – Penjelasan MG Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan