Automotif

Mforce Lancar Mforce Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal

Share

Platform Komuniti Digital Baharu Untuk Pemilik Motosikal Mforce

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan Mforce Experience Club (MEC), sebuah platform komuniti digital baharu yang direka khas untuk menghimpunkan pemilik motosikal serta kelab-kelab motosikal di bawah rangkaian jenama Mforce di seluruh Malaysia.

Inisiatif ini diwujudkan bagi memperkukuh hubungan antara jenama dan komuniti pengguna, di samping meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal melalui pelbagai program eksklusif, aktiviti berskala nasional serta jaringan komuniti yang lebih tersusun.

Melalui platform ini, pemilik motosikal jenama di bawah Mforce berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti rasmi yang diiktiraf, sekali gus membuka peluang untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

Pelbagai Kelebihan Menyertai MEC

Keahlian dalam Mforce Experience Club menawarkan beberapa manfaat utama kepada pemilik motosikal yang berdaftar.

Antaranya termasuk pengiktirafan sebagai komuniti rasmi di bawah platform yang disokong oleh Mforce Bike Holdings, sekali gus memberi kredibiliti kepada kelab-kelab motosikal yang terlibat.

Ahli juga berpeluang menikmati pelbagai pengalaman eksklusif, termasuk jemputan khas ke acara terpilih anjuran Mforce, selain akses kepada aktiviti komuniti yang dianjurkan secara berkala.

Selain itu, platform MEC turut berfungsi sebagai jaringan komuniti nasional, yang menghubungkan pemilik motosikal Mforce dari seluruh negara dalam satu ekosistem komuniti yang lebih tersusun dan bersepadu.

Keahlian ini juga membuka ruang kepada penyertaan dalam pelbagai aktiviti bertaraf nasional, sekali gus memperkukuh identiti komuniti motosikal di bawah rangkaian jenama Mforce.

Akses Awal Model Baharu dan Promosi Eksklusif

Selain program komuniti, ahli MEC turut menikmati beberapa faedah tambahan termasuk peluang menghadiri sesi pratonton model motosikal terbaharu, akses kepada promosi terhad serta penyertaan dalam sesi dialog komuniti bersama wakil pengurusan Mforce.

Pendekatan ini secara tidak langsung membolehkan pemilik motosikal berinteraksi lebih dekat dengan pihak pengeluar, di samping memberi ruang untuk berkongsi pandangan serta maklum balas terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelbagai Program Komuniti Dirancang

Bagi menghidupkan lagi ekosistem komuniti ini, Mforce turut merancang beberapa program utama di bawah platform MEC.

Antara yang paling menonjol ialah Malaysia Bike Week, sebuah acara tahunan berskala besar yang menghimpunkan ribuan pemilik motosikal jenama Mforce dari seluruh negara. Program ini dijangka merangkumi konvoi mega, pameran motosikal serta pelancaran model baharu.

Selain itu, MEC juga akan menganjurkan Track Day Experience, yang memberi peluang kepada pemilik motosikal merasai pengalaman menunggang di litar dalam persekitaran terkawal dan selamat.

Program Nationwide Ride Series pula akan melibatkan konvoi bersiri mengikut zon di seluruh Malaysia meliputi wilayah Utara, Selatan, Timur dan Barat, bagi mengeratkan hubungan antara komuniti pemilik motosikal.

Bagi menekankan aspek keselamatan, MEC turut merancang Safety Riding Workshop yang memberi fokus kepada teknik tunggangan serta kesedaran keselamatan jalan raya bersama jurulatih bertauliah.

Dalam masa sama, komuniti ini juga akan terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Charity Ride dan program CSR

, yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Pendaftaran Melalui Kelab Motosikal

Permohonan keahlian Mforce Experience Club boleh dibuat melalui kelab motosikal masing-masing. Setiap permohonan akan melalui proses semakan oleh pihak pengurusan MEC sebelum diluluskan secara rasmi.

Mforce berharap platform ini dapat membina sebuah komuniti motosikal yang lebih tersusun, menitikberatkan aspek keselamatan, disiplin serta profesionalisme dalam kalangan pemilik motosikal.

Mforce Experience Club boleh diakses secara dalam talian menerusi laman web rasmi:
https://mforceclub.my/

Baca Juga : Mforce Perkukuh Sokongan Selepas Jualan Dengan Pusat Servis Berskala Besar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi