Mforce Lancar Cawangan Baharu di Vietnam

Share

Mforce Kini Dibuka di Vietnam, Tiga Model Baharu Diperkenalkan

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengembangkan perniagaannya di Asia Tenggara dengan membuka cawangan baharu di Ho Chi Minh Vietnam, selepas kejayaan mereka di Indonesia.

Pada majlis perasmian ini, Mforce turut melancarkan tiga motosikal baharu untuk pasaran Vietnam:

  • VOGE DS900X

  • QJMOTOR SRV600V

  • QJMOTOR SRV400

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce Malaysia. Dalam majlis sama, beliau telah menyerahkan sijil pelantikan kepada Jacky Chen

, Pengarah Urusan Mforce Vietnam. Turut hadir ialah Dato’ Sri Tan Lean Heah, Jeff Lee, dan Arthur Teng.

Mforce Vietnam juga mengumumkan bahawa dua model Brixton Cromwell 1200 dan Storr 500 bakal memasuki pasaran Vietnam dalam masa terdekat. Ini akan menambah pilihan motosikal berkapasiti lebih besar untuk pengguna di negara tersebut.

Kerjasama Malaysia–Vietnam

Dalam majlis tersebut, Jacky Chen menerangkan bahawa Mforce Malaysia dan Mforce Vietnam akan bekerjasama rapat dalam pemasaran, strategi jenama dan pengurusan operasi. Fokus utama mereka ialah:

  • mengembangkan rangkaian pengedar,

  • meningkatkan pengalaman pemilik motosikal, dan

  • memperkukuh jenama Mforce di pasaran Vietnam.

Mforce Malaysia yakin cawangan Vietnam mampu berkembang pesat dengan pengalaman serta kepimpinan pasukan pengurusannya.

Mforce turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan, pihak kredit, rakan perniagaan, media dan peminat motosikal yang terus memberi sokongan sejak awal. Pembukaan Mforce Vietnam menunjukkan komitmen syarikat untuk terus memajukan industri motosikal di Malaysia dan negara jiran.

Mforce Bike Holdings ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Sri Tan Lean Heah dan syarikat ini merupakan salah satu pengedar motosikal terbesar di Pulau Pinang dan terkenal dengan pelbagai jenama antarabangsa seperti:

Benelli, Keeway, Morbidelli, Benda, QJMOTOR, SYM, Brixton, Moto Morini, Cyclone, Voge, ARIIC dan Yadea, serta dua jenama tempatan SM Sport dan WMOTO.

Mforce juga mengeksport motosikal ke negara Asia seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Taiwan.

Dengan rangkaian produk yang luas dan sokongan pemasangan tempatan, Mforce terus komited untuk memberikan motosikal yang berkualiti, bergaya dan mampu milik kepada para peminat dua roda di Malaysia.

Baca Juga : Mforce Umum Penganjuran “Mforce Motoshow 2026”

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi