
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan masterpiece baharu dalam dunia sedan mewah iaitu Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series.
Jika Maybach sudah sinonim dengan keselesaan bertaraf tinggi, versi baharu ini membawa satu lagi lapisan karakter yang lebih mewah, lebih gelap, dan lebih berani daripada apa yang kita biasa lihat pada sebuah Maybach.
Night Series merupakan sebuah “interpretasi gelap” kepada bahasa rekaan Maybach. Hampir setiap elemen luar mendapat sentuhan eksklusif seperti:
Aksen Dark Shadow Gloss
Lampu DIGITAL LIGHT dengan elemen rose gold
Rim 20 inci Maybach 7-spoke berkemasan hitam & Dark Shadow Gloss
Sill pintu berlampu dengan tulisan “MAYBACH Night Series”
Varian ini hadir dengan pilihan warna monokrom seperti kelabu, hitam dan putih, serta kombinasi dua tona eksklusif termasuk:
Onyx Black / Mojave Silver
MANUFAKTUR Opalite White Bright / Obsidian Black
Rekaan kereta ini yang panjang dengan sentuhan dark chrome pada gril, emblem, handle pintu, trim tingkap, hingga ke huruf-huruf “Maybach” di belakang menjadikan sedan ini sebuah kereta yang sangat eksklusif dan premium.
Masuk ke dalam kabin Night Series, suasananya seolah-olah seperti ruang lounge butik hotel yang menonjolkan elemen premium, halus dan dipilih dengan cita rasa tinggi.
Penampilan dalaman diserlahkan dengan:
Nappa Leather Black with Black Pearl dengan kesan mother-of-pearl
Piping golden-grey yang sangat halus
Ambient Lighting “Garnet Glow”
Trim kayu walnut gelap open-pore MANUFAKTUR corak herringbone
Konsol tengah “Black Crystal Look” dengan motif Maybach
Malah sistem “dashboard” kenderaan ini turut disertakan dengan animasi khas “Black labels and backlights”, membawa identiti Night Series hingga ke perincian digital.
Walaupun tampil serba gelap dan elegan, model ini masih mengekalkan prestasinya. Night Series hadir dengan spesifikasi enjin seperti berikut :
4.0L V8 Biturbo
503 hp & 700 Nm
Sistem Mild Hybrid 48V (17 kW, 205 Nm)
0-100 km/j: 4.8 saat
Kelajuan maksimum: 250 km/j
Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series dijual pada harga: RM 2,404,888
(atas jalan tanpa insurans, termasuk SST 10%)
| Perincian | Data |
|---|---|
| Enjin | 3,982 cc V8 Biturbo |
| Kuasa | 503 hp @ 5,500 rpm |
| Tork | 700 Nm @ 2,000–4,500 rpm |
| Motor Elektrik | 17 kW, 205 Nm |
| 0–100 km/j | 4.8 saat |
| Kelajuan Maksimum | 250 km/j |
| Berat Tanpa Muatan | 2,310 kg |
| Harga | Dari RM 2,404,888 |
Baca Juga : Mercedes-Maybach EQS 680 SUV – ‘Banglo’ Elektrik Bergerak
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.