Mercedes-Benz Malaysia Rai Pemilik 100,000 km, Perkukuh Legasi 140 Tahun Inovasi
Sempena sambutan 140 Years of Innovation jenama itu tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia menganjurkan acara sulung 100,000 KM Club Milestone Night bagi menghargai pelanggan setia yang telah mencapai jarak pemanduan 100,000 km dan ke atas.
Majlis eksklusif yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur ini merupakan satu penghargaan terhadap perjalanan jangka panjang pemilik bersama jenama ini.

100,000 km, Simbol Kejuruteraan dan Kepercayaan
Angka 100,000 km bukan sekadar nombor pada odometer, Ia mencerminkan ketahanan produk, konsistensi kualiti dan yang paling penting, kepercayaan pelanggan terhadap jenama.
Bersempena ulang tahun ke-140 sejak penciptaan automobil pertama oleh Mercedes-Benz, acara ini menghubungkan legasi sejarah dengan perjalanan sebenar para pemilik di Malaysia.
Menurut CEO & President Mercedes-Benz Cars Malaysia, Martin Schulz, pencapaian ini bukan hanya meraikan kejuruteraan dan inovasi, malah hubungan jangka panjang antara jenama dan pelanggan.
100,000 KM Club merupakan titik pertemuan antara warisan dan pengiktirafan terhadap ketukangan, prestasi serta keyakinan yang diwarisi merentasi generasi.
Naib Presiden Customer Services, Edmin Naidoo pula menekankan bahawa setiap kenderaan yang melepasi 100,000 km adalah bukti kukuh keupayaan sistem selepas jualan jenama itu.
Daripada rangkaian pusat servis bertauliah di seluruh negara, penggunaan alat ganti tulen hinggalah kepakaran juruteknik dan sistem diagnostik moden, keseluruhan ekosistem ini memastikan standard keselamatan dan prestasi kekal pada tahap optimum sepanjang tempoh pemilikan.

Sebuah Komuniti Eksklusif
Bagi menandakan pencapaian ini, ahli 100,000 KM Club menerima kad Touch ’n Go edisi khas Mercedes-Benz, lengkap dengan akses dan keistimewaan eksklusif bersama rakan strategik terpilih.
Antaranya termasuk diskaun 15% untuk sajian di outlet Hyatt terpilih, 15% penjimatan bagi penginapan dan pengalaman wellness di Shangri-La Rasa Sayang Pulau Pinang, serta 20% potongan makanan dan minuman di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Tidak terhad kepada gaya hidup, manfaat turut merangkumi penjimatan ke atas Mercedes-Benz Genuine Parts dan aksesori, jajaran roda percuma, penukaran minyak brek serta pemeriksaan kesihatan kenderaan tanpa caj.
Ahli juga berpeluang menerima jemputan ke acara khas 100,000 KM Club yang menjanjikan pengalaman jenama lebih dekat dan eksklusif.

Fasa Baharu Pengalaman Pemilikan
Inisiatif ini jelas menunjukkan hala tuju baharu Mercedes-Benz Malaysia dalam memperkukuh pengalaman pemilikan yang bukan sekadar ketika membeli dan memandu, tetapi sepanjang kitaran hayat kenderaan.
Dengan tumpuan terhadap servis selepas jualan yang konsisten serta penawaran manfaat yang berkembang, 100,000 KM Club dijangka terus diperkasa dengan lebih banyak ganjaran dan rakan kolaborasi pada masa akan datang.
Dalam era mobiliti baharu yang semakin menekankan kelestarian dan prestasi tinggi, Mercedes-Benz Malaysia menegaskan komitmennya untuk menyokong pelanggan di setiap fasa dari perjalanan harian sehinggalah melepasi tanda aras 100,000 km.
Baca Juga : 140 Tahun Inovasi Mercedes-Benz
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!





