Mercedes-Benz sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam dunia kenderaan mewah dengan pelancaran GLC 350 e 4MATIC versi Plug-in Hybrid. Dengan harga bermula RM 398,888. Model ini dipasang tempatan di Pekan, Pahang, dan menjanjikan pemanduan yang efisien serta berprestasi tinggi.
Kenderaan ini benar-benar mewakili gabungan antara kemewahan, teknologi canggih, dan inovasi untuk mobiliti masa depan.
GLC 350 e dikuasakan oleh enjin petrol 1,999 cc empat silinder yang mampu menghasilkan 204 hp dan tork setinggi 320 Nm.
Gabungan enjin petrol ini dengan motor elektrik berkuasa 100 kW memberikan output sistem keseluruhan sebanyak 313 hp dan tork sehingga 550 Nm
.Ciri Plug-in Hybrid ini juga menawarkan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 6.7 saat, dengan kelajuan maksimum mencapai 218 km/j.
Yang menarik tentang GLC ini ialah jarak perjalanan elektriknya. Dengan sokongan bateri voltan tinggi (HV) berkapasiti 25.4 kWh, pemandu boleh menikmati perjalanan sehingga 131 km. Ini menjadikan GLC 350 e 4MATIC pilihan ideal untuk perjalanan harian di bandar tanpa menggunakan petrol.
Mercedes-Benz tak pernah main-main bila bercakap soal keselamatan. GLC 350 e 4MATIC dilengkapi dengan Driving Assistance Package Plus.
Ia merangkumi pelbagai ciri bantuan pemanduan seperti Active Distance Assist DISTRONIC, Active Stop-and-Go Assist, serta Active Steering Assist. Sistem ini bukan saja memberi keselesaan, tetapi juga memastikan pemanduan yang lebih selamat dalam apa jua keadaan.
Antara ciri keselamatan lain yang membezakan GLC ini dengan model lain termasuk Active Brake Assist yang mampu mengesan kenderaan, basikal, dan pejalan kaki, serta Active Blind Spot Assist
untuk mengurangkan risiko ketika menukar lorong.Dari luar, GLC 350 e 4MATIC mengekalkan reka bentuk elegan yang biasa dilihat dalam keluarga SUV Mercedes-Benz. Pakej AMG Line memberikan penampilan sporty dengan apron hadapan AMG yang dilengkapi trim krom.
Serta roda aloi 20 inci AMG berbilang jejari yang menonjolkan lagi keyakinan pada jalan raya. Sistem pencahayaan DIGITAL LIGHT dan gril corak khas Mercedes-Benz melengkapkan penampilan luaran yang bergaya.
Di dalam pula, kabin GLC 350 e 4MATIC dilengkapi dengan rekaan AMG Line, menggunakan bahan premium seperti kulit ARTICO dan microfiber MICROCUT.
Sistem infotainment MBUX yang dipertingkatkan dengan MBUX Navigation Premium dan Augmented Reality membantu pemandu mendapatkan panduan jalan yang lebih jelas.
Untuk audio, sistem bunyi Burmester® 3D surround dengan 15 pembesar suara memastikan pengalaman mendengar yang mengasyikkan.
Selain daripada ciri-ciri mewah dan berteknologi tinggi, GLC 350 e 4MATIC juga menawarkan ruang but yang luas, dengan kapasiti sehingga
490 liter.Ia juga dilengkapi dengan Parking Package yang merangkumi kamera 360 darjah dan Active Parking Assist untuk memudahkan urusan parkir dalam situasi yang mencabar.
Kesimpulannya, Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC bukan hanya sebuah SUV mewah, tetapi ia juga menawarkan gabungan sempurna antara prestasi, efisiensi, dan inovasi terkini.
Bagi mereka yang mahukan pemanduan yang lancar, selesa, dan mesra alam tanpa mengorbankan kuasa. GLC 350 e 4MATIC adalah pilihan terbaik.
Baca Juga Mercedes-Benz E-Class 2024 – Kemewahan dan Inovasi Terunggul
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.