Automotif

GLC 200 4MATIC Dilancar Bersama GLE 400e SUV Baharu Yang Mengagumkan

Share

Mercedes-Benz Malaysia Lancar GLC 200 4MATIC dan GLE 400 e 4MATIC, Dua SUV Dengan Dua Pendekatan Berbeza

Dua Model Penting Untuk Pasaran Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia membuka tirai penghujung tahun dengan pelancaran dua SUV premium baharu: GLC 200 4MATIC, sebagai varian enjin pembakaran dalaman yang kembali ke pasaran tempatan, dan GLE 400 e 4MATIC, plug-in hybrid pertama dalam keluarga GLE untuk Malaysia.

Kedua-duanya dipasang secara CKD di Pekan dan menyasarkan dua jenis pelanggan berbeza, GLC untuk mereka yang mahukan SUV harian yang moden dan seimbang, manakala GLE 400 e pula menekankan elektrifikasi dan keupayaan jarak jauh tanpa kompromi prestasi.

Rekaan AMG Line Dengan Identiti SUV Mercedes-Benz

Dua-dua model tampil dengan pakej AMG Line, namun masing-masing membawa karakter tersendiri. GLC 200 4MATIC menerima apron AMG dengan bukaan udara sporty, rim AMG 20 inci dan lampu LED High Performance dengan Adaptive Highbeam Assist.

GLE 400 e pula lebih besar dan lebih premium, dilengkapi MULTIBEAM LED, rim AMG 21 inci 5-twin-spoke, panoramic sliding sunroof dan illuminated running boards yang menyerlahkan sisi luxurious SUV ini.

Pada keseluruhan, GLE jelas lebih tegap dan dominan, manakala GLC membawa imej sporty moden yang lebih ringkas.

Kabin Premium Dengan Teknologi Generasi Terkini

GLC mengekalkan tata atur baharu Mercedes dengan skrin pemandu 12.3 inci dan skrin tengah 11.9 inci yang condong ke arah pemandu. Bahan seperti ARTICO leather, trim kayu lime wood dan MBUX Navigation Premium memberikan pengalaman kabin yang refined.

Bagi GLE 400 e, orientasinya lebih spacious dan premium hadir dengan upholsteri ARTICO/MICROCUT, wood trim open-pore oak, serta dua skrin 12.3 inci untuk infotainmen generasi kedua MBUX.

Tambahan seperti THERMOTRONIC, kerusi belakang laras elektrik dan sistem audio Burmester® 3D menjadikan kabin GLE terasa jauh lebih mewah dan senyap.

Prestasi: Mild Hybrid Untuk GLC, Plug-in Hybrid 114 km Untuk GLE

GLC 200 4MATIC dikuasakan enjin 2.0 liter turbo dengan 48V mild hybrid, menghasilkan 204 hp dan 320 Nm, dipadankan transmisi 9G-TRONIC serta sistem pacuan semua roda. SUV ini menekankan keseimbangan prestasi dan keselesaan melalui AGILITY CONTROL suspension.

GLE 400 e 4MATIC pula adalah model elektrifikasi serius dengan jarak elektrik sehingga 114 km WLTP, dipacu motor 100 kW bersama enjin 2.0 liter turbo untuk output gabungan 381 hp dan 650 Nm.

AIRMATIC suspension memberikan tunggangan lebih tenang dan stabil, memastikan SUV besar ini kekal selesa walaupun dalam kelajuan tinggi atau jalan tidak rata.

Teknologi Keselamatan Dan Bantuan Pemandu

GLC hadir dengan rangkaian keselamatan seperti Active Lane Keeping Assist, Blind Spot Assist, PRE-SAFE serta Parking Package dengan kamera 360°. Fungsi transparent bonnet turut ditawarkan untuk pandangan bawah kenderaan ketika off-road.

GLE 400 e menaikkan tahap dengan Driving Assistance Package Plus, termasuk Active Distance Assist DISTRONIC, Evasive Steering Assist dan Active Steering Assist.

Sistem audio Burmester®, navigation AR dan transparent bonnet turut melengkapkan pengalaman pemanduan yang lebih premium dan berteknologi tinggi.

Harga Dan Kedudukan Pasaran

GLC 200 4MATIC dijual pada harga RM329,888, menjadikannya pilihan paling accessible dalam keluarga GLC generasi terkini. GLE 400 e 4MATIC pula berada pada tahap lebih premium dengan harga RM498,888, mencerminkan teknologi plug-in hybridnya serta pakej spesifikasi yang lebih lengkap.

Dengan dua model ini, Mercedes-Benz Malaysia kini menawarkan pilihan lebih luas sama ada SUV mewah harian, atau SUV elektrik separa yang mampu bergerak jauh dalam mod EV sahaja.

Kajian Pasaran: Siapa Patut Memilih GLC atau GLE?

Bagi pembeli di Malaysia, GLC 200 4MATIC menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mahukan SUV premium yang ringkas, moden dan seimbang, tanpa komitmen kepada teknologi elektrifikasi penuh.

Ia kekal praktikal untuk kota dan perjalanan jauh. Sebaliknya, GLE 400 e sesuai untuk pengguna yang ingin merasai perubahan ke arah mobiliti elektrik dengan jarak EV yang panjang, tetapi masih memerlukan keupayaan sebuah SUV besar yang penuh ciri premium.

Kedua-duanya saling melengkapi strategi Mercedes-Benz dalam menawarkan segmen mewah yang lebih luas.

Baca juga: Mercedes-Benz GLC EQ 2026, SUV Elektrik Dengan Paparan Digital 39.1 inci

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Faez Akmal