Automotif

Meninjau Model Terbaharu MINI JCW Countryman 2024 Dengan Kuasa 312 Kuasa Kuda!

Share

Berita baik untuk peminat MINI! Model terbaharu MINI John Cooper Works Countryman 2024 tetap setia dengan enjin pembakaran dalaman, menawarkan daya kuasa sebanyak 312 hp dan tork 400 Nm. Kalau nak dibandingkan dengan model terdahulu, ini adalah peningkatan yang signifikan dari 301 hp dan 449 Nm.

Dengan enjin turbo 2.0 liter, JCW Countryman ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Model ini juga dilengkapi dengan sistem brek berprestasi tinggi, serta rim 19 dan 20 inci bersama tayar selebar 245 mm untuk memberikan prestasi maksimum.

Untuk kemasan luaran, anda akan dapat jeriji oktagon dengan kemasan hitam berkilat, logo JCW yang direka semula, dan layangan warna dua tona pada bumbung dan tiang C yang memberi sentuhan menarik.

Kredit Foto: MINI

Tema merah dan hitam tidak hanya hadir di luaran, tetapi juga mendominasi ruang kabin. Papan pemuka, panel pintu, dan tempat duduk sport semuanya dihiasi dengan sentuhan warna yang serasi.

MINI JCW Countryman juga menawarkan pakej pilihan Driving Assistant Professional Package, yang dilengkapi dengan 12 penderia ultrabunyi dan empat kamera keliling. Sistem ini membolehkan JCW Countryman dipandu tanpa kawalan tangan pada kelajuan sehingga 60 km/j. Tak hanya itu, sokongan ADAS Tahap 2 dan MINI Experience Modes turut menjadi ciri menarik model ini.

Bagi peminat di Amerika Syarikat, anda boleh membawa pulang MINI JCW Countryman ini dengan harga bermula dari $44,795 (RM211,500), dan dijangka tiba di pengedar pada Mei tahun depan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki SUV berprestasi tinggi yang tetap setia pada akar warisan MINI!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan