MBPJ Sasarkan 1,000 Pengecas EV di Petaling Jaya Sokong Mobiliti Hijau dan Bandar Lestari

Dalam usaha memperkukuh agenda bandar rendah karbon, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyasarkan pemasangan sebanyak 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik serta kawasan parkir awam di seluruh bandar raya Petaling Jaya secara berperingkat.

MBPJ Sasarkan 1,000 Pengecas EV di Petaling Jaya

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon, berkata inisiatif itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan kerjasama syarikat penyelesaian tenaga hijau.

Fasa pertama bakal menyaksikan sebanyak 500 unit pengecas EV dipasang oleh dua rakan strategik utama iaitu EV Connection Sdn. Bhd. dan Carput Zap Network Sdn. Bhd.

“Kedua-dua rakan strategik ini komited menyokong MBPJ merealisasikan matlamat menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar paling bahagia, lestari dan mampan.“MBPJ menggunakan teknologi pengecasan moden yang mematuhi piawaian keselamatan, mesrapengguna dan efisien sejajar peningkatan bilangan pemilik kenderaan elektrik di lembah Klang,”jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBPJ dan kedua-dua syarikat telah diadakan semalam di Ibu Pejabat MBPJ.

Ads

MBPJ Sasarkan 1,000 Pengecas EV di Petaling Jaya

Sementara itu, Pengarah Urusan EV Connection, Ir. Lee Yuen How, menyambut baik kerjasama ini yang menurutnya selaras dengan matlamat untuk memperluas rangkaian infrastruktur pengecasan EV di negara ini.

“Petaling Jaya merupakan salah satu pusat bandar utama di Lembah Klang, dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan MBPJ dalam menyediakan kemudahan pengecasan EV yang boleh diakses secara mudah oleh rakyat Malaysia,”katanya.

Mohamad Zahri turut menegaskan bahawa inisiatif ini menyokong aspirasi nasional ke arah mobiliti rendah karbon dan pembangunan perbandaran hijau.

Ads

MBPJ beriltizam memperluaskan akses kemudahan ini di seluruh Petaling Jaya agar manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh penduduk setempat.“Usaha ini diharap mengukuhkan peranan Petaling Jaya sebagai peneraju mobiliti hijau di peringkat tempatan dan nasional” tambahnya.

Mengenai EV Connection

EV Connection Sdn. Bhd. merupakan antara penyedia infrastruktur pengecas EV terkemuka di Malaysia.

Menerusi aplikasi JomCharge, syarikat ini mengendalikan salah satu rangkaian pengecas EV terbesar negara.

Portfolio perkhidmatannya merangkumi bekalan, pemasangan, penyelenggaraan serta R&D dalam teknologi pengecasan.

Ads

Selain itu, EV Connection turut menawarkan penyelesaian sehenti kepada pelanggan komersial dan domestik, termasuk pemasangan pengecas di rumah dan pejabat.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : CelcomDigi Perluas Infrastruktur Pengecasan EV di Seluruh Negara

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI