Automotif

Macam Mana Wujudnya Perodua?

Share

Kalau kita memandu kereta, mustahil untuk kita tak nampak sebuah kereta paling dikenali di Malaysia iaitu ‘King’, Myvi dan juga model lagenda Perodua Kancil. Tapi adakah kita tahu macam mana lahirnya model terlaris Perodua ni?

Pada awal 1990-an, keluaran pertama Proton dengan model sulungnya Proton Saga menjadi kereta terlaris di Malaysia. Namun, masih ramai keluarga yang tak mampu memiliki sebuah kereta. Untuk memberikan peluang memiliki kereta dengan harga yang mampu milik, maka wujud-lah Perodua.

Sebelum ditubuhkan, kod “M2” digunakan untuk merujuk kepada Perodua yang masih lagi rahsia ketika itu. Pada tahun 1993, lahirlah Perodua hasil daripada kerjasama syarikat-syarikat seperti Daihatsu, UMW, dan Med-Bumikar milik MARA. 

Pelancaran Perodua Kancil oleh Tun Mahathir

Perkembangan Perodua

Perodua adalah singkatan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, menjadikannya syarikat kedua bagi jenama kereta kebangsaan Malaysia. 

Setahun selepas penubuhan Perodua iaitu pada 1994, Perodua Kancil muncul di pasaran negara. Perodua menggunakan komponen yang digunakan oleh Daihatsu. Perodua Kancil ialah hasil “rebadge” daripada produk Daihatsu iaitu Daihatsu Mira generasi ketiga. 

Tak pelik pun Kancil ni diambil dari Daihatsu Mira memandangkan Daihatsu pegang saham sebanyak 20% ketika awal penubuhan Perodua.

Proton Savvy

Perodua turut diperkenalkan di pasaran antarabangsa, iaitu di Brunei pada tahun 1995 dan United Kingdom pada tahun 1997 untuk model Kancil. Di UK, Kancil dijual sebagai Perodua Nippa. Perodua turut menawarkan harga yang lebih rendah dan mampu untuk dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Asalnya, kebanyakannya produk Perodua memfokuskan kereta mini dan superminis dan tidak ada model dalam segmen pasaran yang sama seperti Proton.

Tapi apabila Proton cuba bermain dalam segmen pasaran seperti Perodua, Proton tak mampu untuk mengatasi kegemilangan Perodua.

Myvi Generasi Terkini Dengan Bodykit Tambahan

Itu sebabnya Proton mengalami kejatuhan yang sangat teruk sampaikan Proton Savvy yang dibuat untuk bersaing dengan King Myvi pun tak mendapat sambutan.

Myvi jadi kereta paling laris dalam pasaran Malaysia sejak 2006 sehinggalah dominasinya dipecahkan oleh adiknya sendiri, Bezza pada 2023. 

Kredit – Azizul Farhan / Konspirasi Malaysia

Baca: Selepas 30 Tahun Perodua Kancil Masih Kekal Di Jalan Raya

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?

Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?

Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />

 

Published by
Shazwan