Lotus Cars Malaysia telah mengambil langkah penting dalam mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan ruang pameran perdana di Kuala Lumpur.
Pembukaan ini turut diserikan dengan pelancaran kereta elektrik Hyper-GT terbaru mereka, Emeya.
Ruang pameran yang terletak di Temasya Industrial Park, Shah Alam berkeluasan 1,765 kaki persegi khusus untuk pameran utama.
Ia mencerminkan dedikasi Lotus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Selain itu, terdapat juga dua ruang khas untuk penyerahan kenderaan, ruang rehat pelanggan, bahagian jualan barangan dagangan Lotus, dan ruang konfigurator untuk pelanggan menyesuaikan kenderaan mereka dengan aksesori pilihan.
Pelancaran Emeya di Malaysia adalah satu langkah strategik yang signifikan.
Kereta elektrik Hyper-GT ini, yang direka untuk memenuhi citarasa pemandu sebenar, hadir dalam tiga varian – Emeya, Emeya S, dan Emeya R – dengan harga bermula dari RM555,000.
Model paling premium, Emeya R, mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam hanya 2.8 saat, menjadikannya salah satu kenderaan GT elektrik terpantas di dunia.
Emeya bukan sekadar sebuah kereta, tetapi juga satu inovasi teknologi yang memacu prestasi dengan pelbagai ciri aerodinamik aktif, sistem suspensi udara elektronik, dan sistem audio Dolby Atmos.
Ia juga menampilkan teknologi bantuan pemanduan canggih seperti ADAS dan head up display realiti terimbuh pada skrin berukuran 55-inci yang menjadikan pemanduan lebih selamat dan menyeronokkan.
Dengan jarak gerak WLTP maksimum sejauh 610km, Emeya menawarkan kebebasan pemanduan yang luar biasa.
Dengan keupayaan pengecasan pantas 350kW, kereta ini boleh menambah jarak pemanduan sebanyak 150km dalam masa hanya lima minit.
Menjadikannya ideal untuk pemanduan jarak jauh.
Turut dipamerkan di ruang pameran ini ialah model Emira Turbo dan Eletre, masing-masing menawarkan prestasi tinggi dengan harga yang kompetitif.
Emira Turbo, sebagai contoh, dilengkapi dengan enjin empat silinder berkuasa 460hp, mampu memecut dari 0-100km/j dalam 4.4 saat.
Manakala Eletre menawarkan pengalaman memandu yang dinamik dengan kuasa 603hp.
Pembukaan ruang pameran ini dan pelancaran Emeya menandakan era baharu bagi Lotus Cars di Malaysia.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan sila berhubung dengan Lotus Cars Malaysia pada talian016-611 2388 atau untuk sebarang maklumat, sila layari laman web di www.lotuscars.com.
Baca Juga : Lotus Emeya Hyper-GT Kini di Malaysia!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.