Di tengah-tengah kepesatan teknologi dan kemewahan negara Jepun terdapat satu lokasi yang unik dalam dunia automotif iaitu Magarigawa Club. Kelab eksklusif ini mempunyai litar perlumbaan persendirian yang dimiliki oleh seorang jutawan yang berhasrat untuk menggabungkan prestasi dan estetika dalam satu arena.
Kredit Foto : Website Supercarblondie
Dibangun dengan visi untuk mencipta sebuah litar lumba yang layak menyandang status Formula 1, litar ini direka oleh Hermann Tilke, nama yang tidak asing dalam dunia perlumbaan F1. Beliau telah mereka bentuk litar di beberapa kota besar seperti Las Vegas, Jeddah, dan Abu Dhabi. Litar Magarigawa mengambil nama dari kelab itu sendiri, menjanjikan pengalaman pemanduan yang mencabar dengan 22 selekoh dan jalan lurus sejauh 800 meter serta laluan trek yang mempunyai reka bentuk menurun dan menaik, menguji kemahiran dan keberanian pemandu.
Kredit Foto : Website Supercarblondie
Lebih dari sekadar litar perlumbaan, Magarigawa Club menawarkan sebuah kompleks yang lengkap dengan kemudahan mewah. Ahli kelab boleh menikmati kolam infiniti, gim, restoran dan bar, serta bilik karaoke yang disediakan untuk berehat selepas melalui hari yang penuh adrenalin.
Ads
Kredit Foto : Website Supercarblondie
Menjadi ahli Magarigawa Club memerlukan komitmen kewangan yang besar, dengan yuran keahlian mencecah lebih dari $230,000 setahun, baru anda boleh menggunakan litar lumba tersebut. Namun bagi mereka yang mampu, pengalaman unik dan eksklusif ini tidak ternilai harganya.
Ads
Kredit Foto : Website Supercarblondie
Dengan pemandangan yang menakjubkan menghadap Gunung Fuji dan Teluk Tokyo, Magarigawa Club tidak hanya menawarkan arena perlumbaan, tetapi juga sebuah destinasi yang penuh ketenangan dan anda boleh menikmati keindahan alam disamping memandu kereta kesayangan anda.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang mendadak sempena musim perayaan Aidilfitri. Dengan anggaran sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak antara 27 hingga 29 Mac serta 4 hingga 6 April 2025. Bagi mengurangkan kesesakan, PLUS mengambil inisiatif mengaktifkan sebanyak 28 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pelaksanaan Smart Lane dijangka meningkatkan kapasiti jalan raya. Sekaligus membantu melancarkan aliran trafik dan memendekkan masa perjalanan para pengguna.
Jika sebelum ini hanya 25 Smart Lane digunakan sempena Tahun Baharu Cina, kali ini jumlahnya bertambah kepada 28 dengan penambahan tiga lokasi baharu iaitu di Lingkaran Putrajaya, Pedas Linggi-Senawang, dan Tangkak-Jasin.
Wilayah Utara
Bahagian Tengah
Wilayah Selatan
Smart Lane adalah inisiatif khas di mana lorong kecemasan akan dibuka sebagai lorong tambahan di laluan tertentu bagi meningkatkan kapasiti jalan raya. Pengguna boleh mengenal pasti laluan ini melalui paparan Lampu Hijau Berkelip dan papan tanda khas yang menunjukkan bahawa ia sedang diaktifkan.
Had laju maksimum yang ditetapkan ketika menggunakan Smart Lane ialah 60 km/j, dan hanya kenderaan ringan serta persendirian dibenarkan menggunakan laluan ini. Walau bagaimanapun, waktu dan tarikh pengaktifan Smart Lane berbeza mengikut lokasi, jadi pengguna dinasihatkan untuk memerhatikan lampu hijau berkelip sebagai tanda laluan telah dibuka.
PLUS juga menggalakkan pengguna untuk merancang perjalanan mereka dengan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS. Selain itu, semua pengguna diingatkan untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik, menyemak baki kad Touch ‘n Go dan e-Wallet sebelum perjalanan, serta memandu dengan berhati-hati, terutama dalam keadaan hujan.
Dengan pengaktifan ini, PLUS berharap dapat membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Kawasaki Malaysia secara rasminya melancarkan Pusat 4S Kawasaki Serdang fasiliti terbesar seumpamanya di Malaysia.
Pelancaran ini juga turut disempurnakan serentak bersama dua model serba baharu Kawasaki Versys 1100 dan Ninja 1100SX SE.
Majlis perasmian ini menandakan langkah penting dalam usaha berterusan jenama ini memperkukuhkan kehadirannya dalam pasaran tempatan.
Pusat ini diuruskan oleh Serdang Motorcycle Sdn. Bhd. dan direka untuk menjadi hab utama Kawasaki di Lembah Klang, menawarkan kemudahan jualan, servis, alat ganti dan pameran motosikal di bawah satu bumbung.
Dengan keluasan 20,000 kaki persegi, Kawasaki Serdang tampil dengan reka bentuk moden dan praktikal.
Pusat ini menempatkan bilik pameran model-model terkini, lima ruang servis lengkap dengan juruteknik bertauliah, lounge pelanggan yang tampil eksklusif.
Selain itu ruang santai yang menjual pelbagai aksesori menunggang seperti jaket, topi keledar, sarung tangan, baju hujan dan banyak lagi.
Kemudahan ini bukan sahaja menyokong operasi jualan dan servis, malah dibina untuk menjadi pusat komuniti penunggang Kawasaki.
Majlis pelancaran ini turut menyaksikan pengenalan rasmi model 2025 Kawasaki Versys 1100 dan Ninja 1100SX SE, oleh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), ahli kumpulan DRB-HICOM, sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik berterusan dengan Kawasaki Motors Ltd.
Menurut En. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS:
“Pengenalan Kawasaki Versys 1100 dan Ninja 1100SX SE membuktikan komitmen kami dalam membawakan jentera berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang, dari mereka yang suka MENjelajah jauh, hingga yang mencari tunggangan sporty dan agresif.”
Ditawarkan dalam tiga varian (Standard, S dan SE), Versys 1100 direka untuk penunggang jarak jauh yang mencari keselesaan maksimum tanpa mengorbankan prestasi.
Ciri-ciri utama: Suspensi khas long-travel suspension , kedudukan menunggang menegak yang selesa, pelindung angin boleh laras, tangki bahan api 21L, Cruise Control, port pengecasan USB-C dan sistem Clean-Mount Pannier.
Versi SE dilengkapi sistem suspensi elektronik KECS dengan Showa Skyhook Technology serta lampu sudut LED untuk tunggangan lebih stabil dan premium.
Teknologi bantuan penunggang termasuk IMU-Enhanced Package (KCMF, KTRC, KIBS), Quick Shifter (KQS) serta mod tunggangan bersepadu (Sport, Road, Rain, Rider).
Bagi mereka yang mencari tunggangan sport touring yang agresif namun selesa, Ninja 1100 tampil dalam varian Standard dan SE.
Ciri-ciri utama: Rangka aluminium rigid, posisi menunggang yang selesa, tangki 19L, port USB-C, Cruise Control, fairing penuh dengan pelindung angin boleh laras.
Varian SE mendapat suspensi belakang Öhlins S46 dan sistem brek Brembo untuk prestasi brek dan pengendalian lebih mantap.
Seperti Versys, Ninja 1100 turut dilengkapi IMU-Enhanced Package dan Quick Shifter yang lebih halus.
Keseluruhan pelancaran ini memperlihatkan strategi MODENAS dan Kawasaki untuk terus menawan pasaran Malaysia melalui produk berprestasi tinggi dan pusat perkhidmatan yang menepati standard global.
Dengan fasiliti terkini, tenaga kerja mahir dan sokongan jenama kukuh, Kawasaki Serdang 4S kini menjadi destinasi utama peminat dua roda tempatan.
Bagi mereka yang ingin melihat sendiri jentera baharu ini atau mendapatkan aksesori rasmi Kawasaki, inilah masanya untuk berkunjung ke pusat 4S baharu ini.
Alamat Kawasaki Serdang 4S :
Lot 2, Jalan 6/2, Kawasan Perusahaan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Sime Darby Beyond Auto, rakan pengedar rasmi BYD di bawah Sime Motors, terus mengorak langkah dalam segmen kenderaan elektrik (EV) dengan memperkenalkan BYD Mansion Macalister di Pulau Pinang.
Terletak di Jalan Macalister, bangunan berusia lebih satu abad ini merupakan mercu tanda komersial tempatan yang menempatkan pelbagai perniagaan dan pejabat sebelum ini.
Kini, ia diberi nafas baharu menerusi proses restorasi dan konsep guna semula, sekali gus muncul sebagai showroom konsep warisan pertama BYD di Malaysia.
Transformasi ini mengekalkan identiti seni bina asal bangunan sambil mengintegrasikan elemen moden yang berteraskan mobiliti elektrik.
Dibina di atas tanah seluas 26,994 kaki persegi dengan keluasan binaan sekitar 9,000 kaki persegi, premis ini direka sebagai destinasi automotif butik, berbeza daripada pusat jualan konvensional.
Ruang pameran menampilkan empat model kenderaan terpilih dalam suasana ala galeri. Ia turut dilengkapi ruang konsultasi gaya lounge serta bilik penyerahan kenderaan peribadi untuk pengalaman pelanggan yang lebih eksklusif.
Selain pengalaman showroom premium, BYD Mansion Macalister turut berfungsi sebagai pusat pemilikan EV bersepadu. Kemudahan servis di lokasi dilengkapi dengan lima ruang kerja, satu ruang penjajaran tayar dan tiga ruang penerimaan servis.
Ini membolehkan pelanggan menikmati akses mudah kepada perkhidmatan selepas jualan tanpa perlu ke lokasi berasingan.
Bagi menyokong pertumbuhan ekosistem EV di Pulau Pinang, fasiliti ini turut dilengkapi hab pengecasan bandar yang menawarkan satu pengecas pantas DC 60kW serta tujuh pengecas AC.
Kemudahan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pelanggan BYD, malah turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur EV di kawasan tersebut.
Menurut Pengarah Urusan Sime Motors, Andrew Basham, pembukaan BYD Mansion Macalister mencerminkan evolusi pengalaman runcit automotif ke arah masa depan.
Beliau menegaskan bahawa projek ini bukan sekadar memulihara bangunan bersejarah, malah mewujudkan ruang bermakna untuk pelanggan merasai sendiri masa depan mobiliti.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar BYD Malaysia, Jacob Ma, menyifatkan pembukaan ini sebagai satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan jenama BYD di Malaysia dengan pendekatan yang lebih dekat kepada komuniti tempatan serta identiti budaya.
Sejak memulakan kerjasama pada Disember 2022, Sime Darby Beyond Auto terus mengembangkan rangkaian BYD di Malaysia meliputi Ara Damansara, TREC Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Tebrau.
Prestasi cemerlang syarikat turut diiktiraf apabila BYD Pulau Pinang dinobatkan sebagai Pengedar BYD Terbaik di Malaysia, selain meraih 13 daripada 27 anugerah dalam BYD Dealer Conference & Awards Night baru-baru ini.
Dengan pembukaan BYD Mansion Macalister, Sime Darby Beyond Auto bukan sahaja memperluaskan kehadiran jenama BYD, malah memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengalaman pemilikan EV.
PROTON Teruskan Ekspedisi 10,000 sMILEs, Hubungkan Malaysia dan Brunei Melalui Pengembaraan Merentas Borneo
PROTON meneruskan perjalanan Ekspedisi 10,000 sMILEs dengan memasuki fasa baharu yang menghubungkan...