Liberty Walk Gegarkan Tokyo Auto Salon KL 2025 Dengan Ferrari F40 & Super Silhouette ER34
Malaysia bakal menyaksikan kehadiran dua ikon modifikasi dari Jepun apabila tuning house terkenal Liberty Walk membawa masuk dua model ekstrem ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025.
Acara ini bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Dua jentera yang bakal menjadi tumpuan utama ialah Ferrari F40 versi Liberty Walk yang pernah mencetus kontroversi.
Sebuah lagi adalah Nissan Skyline Super Silhouette ER34, masing-masing diterbangkan khas dari Jepun bagi memeriahkan acara ini.
Ferrari F40
Diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2023, Ferrari F40 oleh Liberty Walk mencetus fenomena global apabila ia hadir dengan ubah suai yang radikal.
Ubahsuai yang termasuk ‘wide-body kit’ bertanda bolt, suspensi lebih rendah, serta rekaan penuh agresif.
Keunikan modifikasi ini dikatakan menjadi sebab model ini dikeluarkan daripada senarai rasmi Ferrari, kerana tidak lagi mematuhi falsafah rekaan asal jenama Itali itu.
Ads
Walaupun diubah secara drastik, Liberty Walk mengekalkan enjin asal 2.9-liter V8 twin-turbo yang menjana 471 hp dan 578 Nm.
Namun begitu LBWK menambah sentuhan visual pada luaran kereta termasuk kit badan lebar, rear diffuser, sayap belakang besar, serta balutan badan berwarna putih dengan logo bulat merah ala pesawat pejuang Jepun era WWII, A6M Zero.
Super Silhouette ER34
Turut dipamerkan ialah Super Silhouette ER34, yang mencuri perhatian di Tokyo Auto Salon 2020.
Model ini merupakan satu penghormatan kepada jentera perlumbaan Skyline KDR30 yang pernah dipandu oleh Masahiro Hasemi dalam siri Super Silhouette era 1982-83.
Ads
Dibina berasaskan Nissan ER34, model ini menanggalkan enjin RB25DET asal, diganti dengan enjin L28 yang dibesarkan kepada 3.1-liter, lengkap dengan tiga karburetor Solex 50mm jenis twin-draft.
Bahagian luar pula disaluti dengan livery merah-hitam ikonik, menyerlahkan lagi aura ‘old school racing’ yang dibawa.
Ads
Kit badan lengkap termasuk bampar depan perlumbaan, fender berkotak lebar, side skirt, diffuser belakang, serta spoiler yang lebih besar, digandingkan dengan rim Yokohama Advan GT 18×11 inci dan sistem suspensi “airsus”.
Pelbagai Aktiviti & Peluang Bertemu Wataru Kato
Peminat juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Liberty Walk di reruai khas serta berpeluang bertemu Wataru Kato.
Beliau adalah pengasas dan pemilik Liberty Walk yang cukup dikenali dalam dunia modifikasi ekstrem.
SOCAR, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, kini memberi akses kepada kemudahan perkongsian kereta dengan lebih mudah selepas kerjasama mereka dengan myNEWS, salah satu rangkaian kedai runcit terbesar negara.
Bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti bagi pengguna, kerjasama ini menggabungkan perkongsian kereta dari SOCAR dengan produk-produk penting yang terdapat di kedai myNEWS, menyediakan akses yang tidak tandingan bagi pelanggan.
Dalam kerjasama yang mengujakan ini, kedua-dua jenama telah bertekad untuk memberi semula kepada pelanggan dan pengguna mereka.
Lima ribu pengguna SOCAR pertama yang mengambil bahagian dalam kempen ini dengan membuat tempahan dan mengemukakan tangkapan skrin tempahan di halaman kempen mereka akan mendapat kod baucer yang dihantar ke emel mereka untuk menukar minuman terbaru dalam siri Maru Iced Sparkler secara percuma, di mana-mana outlet myNEWS di seluruh negara.
Begitu juga, mana-mana pelanggan myNEWS yang dapat mengumpulkan kod promosi SOCAR akan menerima potongan mana-mana tempahan SOCAR bernilai RM10. Kod promosi SOCAR akan tersedia di resit pembelian mereka apabila mereka membuat pembelian dari mana-mana outlet myNEWS.
“Kami gembira untuk mengumumkan kerjasama kami, menambah nilai kepada pelanggan myNEWS dan SOCAR. Dengan musim perayaan Ramadan dan Raya tidak lama lagi, kami berharap untuk merayakan bersama pengguna kami dan menghargai peranan mereka dalam komuniti perkongsian kereta kami,” kongsi Shylendra Nathan, CEO SOCAR.
Tempoh promosi untuk ganjaran eksklusif ini akan berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2024, Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, terma dan syarat, dan tawaran promosi, sila layari laman web SOCAR dan laman web myNEWS.
HI-REV Triple Zed Racing dengan bangganya memperkenalkan barisan pelumba elit yang akan beraksi dalam MSF Superbike Championship 2025. Pasukan ini menampilkan tiga pelumba hebat: Saidatul Zakirah, bintang muda Malaysia, Heng Si Kiat, juara dari Singapura, dan Marcus Lee, pelumba supermoto yang semakin mencipta nama.
Saidatul Zakirah – Pelumba Termuda Dalam Pasukan
Pada usia muda 17 tahun, Saidatul Zakirah sudah mencuri perhatian di pentas antarabangsa. Beliau pernah menyertai Women’s European Championship (WEC) dan berjaya meraih tempat kedua dalam Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) QSSP 300 class.
Kejayaan tersebut membuktikan bakat luar biasa beliau dalam dunia sukan permotoran. Saidatul akan bertanding dalam kategori Rookie menggunakan jentera Triumph Street Triple.
Saidatul Zakirah di atas Triumph Street Triple 675
Heng Si Kiat – Pelumba Berpengalaman dari Singapura
Menyertai pasukan ini sebagai juara GP Masters Overall MSF Superbike 2024. Heng yang akan bersaing dalam kategori All Stars pada musim 2025 bakal mengemudi jentera BMW S1000RR.
Dengan rekod cemerlang dan pengalaman luas, beliau dijangka menjadi antara pelumba yang perlu diberi perhatian.
Marcus Lee bersama jentera perlumbaannya -ZX-6R
Marcus Lee – Juara Supermoto Musim Lepas
Turut menyertai pasukan ini ialah Marcus Lee, pelumba supermoto berbakat besar yang kini mendahului Malaysian Supermoto Championship 2024 dalam kelas Advance.
Keupayaan Marcus menyesuaikan diri dalam pelbagai disiplin sukan permotoran, digabungkan dengan gaya tunggangan agresifnya. Pasti akan memberikan saingan sengit dalam MSF Superbike. Marcus akan beraksi menggunakan Kawasaki ZX6R.
Dengan MSF Superbike Championship 2025 yang semakin hampir, HI-REV Triple Zed Racing sedang giat melakukan persiapan untuk musim penuh aksi ini.
Mereka meletakkan sasaran tinggi untuk meraih podium dan mencipta kejayaan dalam kejohanan tersebut. Kejuaraan ini akan menjadi platform terbaik buat pasukan untuk memperlihatkan kemampuan pelumba dan jentera mereka. Serta ketahanan produk HI-REV Lubricants di bawah tekanan perlumbaan yang sengit.
Pasukan HI-REV Triple Zed Racing dikuasakan oleh HI-REV Lubricants dan torQe Performance Motor Oil. Produk yang terbukti memberikan prestasi terbaik di litar mahupun jalan raya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zhafir di 018-7688064 atau ikuti media sosial HI-REV Triple Zed Racing untuk kemaskini terkini serta liputan acara sukan permotoran mereka.
HI-REV Triple Zed Racing
HI-REV Triple Zed Racing ialah pasukan perlumbaan motosikal terkemuka di Malaysia yang diasaskan oleh Zhafir Zamani. Bekas juara perlumbaan dengan rekod cemerlang di peringkat kebangsaan dan serantau.
Pasukan ini terkenal dengan dedikasi, inovasi, dan semangat berpasukan yang tinggi, terus memberi inspirasi kepada generasi pelumba akan datang di arena sukan permotoran.
Toyota dilaporkan sedang merancang untuk menghidupkan semula nama ikonik Starlet dengan sebuah model berprestasi tinggi di bawah divisyen Gazoo Racing (GR).
Model ini dikhabarkan bakal menjadi hot hatch pacuan hadapan (FWD) paling mampu milik.
Berita ini pasti akan menggembirakan peminat kereta berprestasi kerana ia bakal hadir dengan daya tarikan turbo 150HP.
Starlet Baharu: Inspirasi dari Yaris dengan Sentuhan GR
Starlet kali ini dikatakan akan menggunakan asas daripada Yaris tetapi dengan reka bentuk yang lebih kompak, menjadikannya sebuah kereta bandar yang agresif.
Walaupun belum ada pengesahan rasmi dari Toyota, khabar angin dari Jepun menyatakan bahawa model ini bakal dilancarkan pada tahun 2026.
Model ini juga mungkin disertai dengan versi Rally 4 dan GR Starlet untuk jalan raya.
Pada masa ini, nama Starlet digunakan untuk versi rebadge Suzuki Baleno dan Fronx di Afrika Selatan.
Namun, Toyota kini bersedia membawa Starlet kembali dengan imej yang lebih menarik dan sporty.
Kredit Foto : Website Best Car Web Japan
Spesifikasi dan Teknologi yang Dinanti-Nantikan
Menurut laporan daripada Best Car di Jepun, Starlet baharu ini akan dibangunkan menggunakan platform TNGA-B, sama seperti Yaris, tetapi dengan badan yang lebih kecil.
Panjang kereta dianggarkan sekitar 3,850 mm, menjadikannya sedikit lebih panjang daripada Aygo X tetapi lebih pendek daripada Yaris.
Versi standard dijangka hadir bersama model rally yang mematuhi kategori dua pacuan roda WRC Rally 4.
Manakala model GR bakal membawa DNA perlumbaan ke jalan raya.
Untuk model GR, enjin tiga silinder turbocharged 1.3-liter dijangka menjadi nadi utama, menghasilkan sekitar 150HP dan digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan.
Ini merupakan enjin versi downsized daripada enjin 1.6-liter yang digunakan oleh GR Yaris dan GR Corolla.
Tanpa sistem pacuan empat roda GR-Four yang ada pada model GR lebih besar, berat Starlet GR ini dijangka sekitar 980 kg, menjadikannya 300 kg lebih ringan daripada GR Yaris.
Pengeluaran dan Harga
Untuk mematuhi peraturan Rally 4, Toyota perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 25,000 unit Starlet versi jalan raya.
Menurut Best Car, model pengeluaran dijangka dilancarkan pada 2026, dengan versi rally bersedia untuk pertandingan pada musim 2027.
Daripada segi harga, Starlet GR di Jepun dijangka berada dalam lingkungan ¥2.5-2.8 juta (sekitar RM81,000 hingga RM91,000), menjadikannya pilihan mampu milik berbanding GR Yaris yang berharga ¥4.5 juta (sekitar RM145,000).
Kredit Foto : Website Best Car Web Japan
Projek Lain Dalam Perancangan Toyota
Selain kebangkitan Starlet, Toyota juga dikhabarkan sedang mempertimbangkan beberapa projek menarik lain.
Antaranya adalah sebuah kereta sport mid-engine seperti MR2, sama ada dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) atau kuasa elektrik.
Dalam masa yang sama pembangunan model Supra GRMN dan SUV Land Cruiser kompak juga direka untuk bersaing dengan Ford Bronco Sport.
Peminat pasti teruja menantikan apa lagi yang bakal dibawa oleh Toyota dalam dunia automotif.
Sime Motors Raikan 45 Tahun Kejayaan, BMW 2 Series Menanti Pemenang Utama
Sime Motors memulakan sambutan ulang tahun ke-45 mereka dengan mengumumkan pemenang-pemenang pertama Kempen...