Automotif

Leapmotor B10 SUV Elektrik Segmen C Mampu Milik

Share

Leapmotor B10 kini rasmi dilancar di Malaysia sebagai SUV elektrik segmen-C yang menawarkan teknologi canggih pada harga mampu milik.

Pelancarannya mengukuhkan strategi Stellantis dalam memperluas penawaran NEV di rantau ini, meneruskan momentum selepas kemunculan C10 sebelum ini.

Reka Bentuk Cosmic Minimalism & Aerodinamik

Model ini tampil dengan rekaan moden berinspirasikan elemen kosmik seperti cloudtrail waistline dan Star Ring fender.

Bahagian hadapan dilengkapi lampu utama LED penuh dan DRL corak chequered flag, manakala pemegang pintu flushed direka untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Dengan kadar seretan udara hanya 0.265 Cd, SUV elektrik ini berada dalam kelas aerodinamik kompetitif.

Reka bentuknya disempurnakan dengan rim aloi 18 inci “Star Sports” serta bar lampu belakang penuh “Wing Star”.

Platform LEAP3.5 & CTC 2.0+ Untuk Prestasi Mantap

Leapmotor B10 dibina berasaskan platform LEAP3.5 dan teknologi Cell-to-Chassis (CTC) 2.0+. Pek bateri diintegrasikan terus ke struktur badan untuk meningkatkan ketegaran, menurunkan pusat graviti dan mencapai agihan berat hampir sempurna 50:50.

Torsional rigidity mencecah 36,360 Nm/deg — sangat tinggi dalam kategori SUV elektrik segmen-C.

Motor elektrik seberat 60 kg mampu mencapai kecekapan sehingga 94% dengan power density 2.67 kW/kg. Bateri LFP bersama sistem thermal management memastikan prestasi stabil.

Prestasi 218 hp, 434 km WLTP & Pengecasan 20 Minit

Leapmotor B10 menjana 218 hp dan 240 Nm, dengan pecutan 0–100 km/h dalam 8 saat. Ia hadir dalam dua pilihan bateri: 56.2 kWh (LIFE) dan 67.1 kWh (DESIGN).

Jarak pemanduan varian tertinggi ialah 434 km WLTP atau 516 km NEDC.

Sistem pengecasan 400V 2.5C membolehkan cas DC 30–80% dicapai dalam kurang 20 minit. Turut disertakan ialah fungsi V2L 3.3 kW untuk peralatan perkhemahan atau kecemasan.

Kabin Moden Dengan Paparan 14.6 Inci

Bahagian dalaman memfokuskan keselesaan dan teknologi. Cip Snapdragon 8155 memberikan prestasi paparan responsif melalui sistem Leap OS 4.0 Plus.

Skrin tengah 14.6 inci menyokong OTA tanpa had, manakala Apple CarPlay dan Android Auto bakal tiba pada Januari 2026.

Ruang dalaman cukup luas dengan 2,390 mm ruang penumpang, 430 liter ruang but (1,700 liter dengan kerusi belakang dilipat) dan frunk 25 liter.

Varian DESIGN menawarkan material silikon OEKO-Tex Standard 100®, tempat duduk berventilasi, ambient lighting dan sunroof panoramik.

Keselamatan Euro NCAP 5-Bintang

Leapmotor B10 menerima penarafan 5-bintang Euro NCAP dengan skor 93% untuk perlindungan dewasa dan kanak-kanak.

Ia turut dilengkapi 17 ciri ADAS seperti Adaptive Cruise Control, Lane Centering Control, Autonomous Emergency Braking, Traffic Jam Assist, Blind Spot Detection dan Door Opening Warning.

Dengan harga bermula RM107,800 untuk LIFE dan RM118,800 untuk DESIGN, SUV elektrik ini muncul sebagai antara pilihan paling berbaloi dalam segmennya.

Kenapa Leapmotor B10 Menjadi Tumpuan?

Kombinasi teknologi tinggi, harga kompetitif dan rekaan moden menjadikan Leapmotor B10 semakin menarik perhatian pembeli EV di Malaysia.

Baca juga: Cycle & Carriage Anjur Jelajah Leapmotor C10 di Lembah Klang & Pulau Pinang

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Faez Akmal