Leapmotor, jenama kenderaan elektrik (EV) dari China yang kini bekerjasama dengan Stellantis, memperkenalkan sebuah sedan elektrik kompak yang mensasarkan pembeli muda.
Model baharu ini, Leapmotor B01, adalah sebuah fastback lima pintu yang sepadan saiznya dengan Mercedes-Benz CLA.
Lebih menarik model ini ditawarkan pada harga bermula serendah £10,400 di pasaran China.
Model ini dibangunkan seiring dengan Leapmotor B10, sebuah crossover bersaiz hampir sama dengan Kia Sportage.
Bagaimanapun, setakat ini, B01 hanya didedahkan untuk pasaran domestik China, dilengkapi sensor lidar yang dipasang pada bumbung.
Butiran teknikal penuh B01 masih belum didedahkan.
Leapmotor memaklumkan model ini menawarkan jarak perjalanan terbaik dalam kelasnya.
Model ini mampu bergerak sehingga 404 batu (650 kilometer) berdasarkan ujian kitaran CLTC di China.
Walaubagaimanapun, angka ini dijangka lebih rendah apabila diukur mengikut piawaian WLTP Eropah, iaitu sekitar pertengahan 350 batu.
Sebahagian besar keupayaan jarak jauh ini disumbang oleh reka bentuk fastback aerodinamiknya yang sangat cekap.
Hadir dengan rekaan (drag coefficient) hanya 0.197 lebih rendah daripada Porsche Taycan dan Tesla Model S.
Menurut Naib Presiden Kanan Leapmotor, Cao Li, semasa pelancaran di Pameran Automotif Shanghai, B01 dibangunkan untuk memenuhi apa yang “pengguna muda benar-benar mahukan daripada sebuah kereta.”
Beliau menjelaskan bahawa dalam segmen kenderaan bersaiz dan berharga serupa di China, kebanyakannya ditujukan untuk perkhidmatan e-hailing dan tidak menepati cita rasa generasi muda.
“Mereka mahukan ciri-ciri terbaik dan kualiti terbaik — mereka mahukan semuanya!” ujar beliau.
Di pasaran China, harga permulaan B01 dianggarkan sekitar £15,000.
B01 hadir standard dengan kemasan hitam berkontras, rekaan rim aloi bergaya sukan, pilihan dua warna dalaman, skrin sentuh bersaiz 14.6 inci yang menyokong kemas kini over-the-air, serta elemen krom daripada pembekal bertaraf sama seperti Mercedes-Benz.
Antara ciri istimewa lain termasuk sistem pencahayaan ambien 256 warna, ruang tambahan tersembunyi berkapasiti 70 liter di bawah ruang but 460 liter, dan kotak tisu di belakang konsol tengah — satu ciri yang memberi penekanan kepada keselesaan penumpang belakang, khususnya di China.
Maklumat penuh trenkuasa B01 akan diumumkan menjelang tarikh pelancaran rasmi.
Namun begitu, sudah disahkan bahawa model ini menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang, menjadikannya kenderaan pacuan roda belakang.
Baca Juga : Cycle & Carriage George Town Buka Cawangan 3S Pertama Untuk PEUGEOT Dan LEAPMOTOR Di Pulau Pinang
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.