Ads

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Edisi Terhad Global, Malaysia Dapat 99 Unit

Pengedar rasmi Lambretta di Malaysia, Bike Continent Sdn Bhd, secara rasmi melancarkan Lambretta X300 Casa ke pasaran tempatan.

Model ini merupakan edisi terhad global dengan pengeluaran hanya 999 unit di seluruh dunia, dan 99 unit daripadanya diperuntukkan untuk Malaysia.

Seperti dijangka, kesemua unit yang dibawa masuk telah habis terjual walaupun harga rasmi tidak diumumkan kepada umum.

Disebabkan statusnya yang sangat terhad, X300 Casa kini hanya boleh diperoleh melalui pemilik sedia ada.

Difahamkan, terdapat tawaran mencecah RM48,000 bagi sebuah unit, sekali gus menjadikan model ini antara skuter moden Lambretta paling bernilai di pasaran tempatan ketika ini.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Nama Casa dan DNA Perlumbaan

Nama “Casa” diambil daripada Casa Lambretta, iaitu cabang rasmi Lambretta yang terkenal dengan dunia “tuning”, restorasi dan perlumbaan di Eropah.

X300 Casa dibangunkan berasaskan Lambretta X300 standard, namun dipertingkat dengan komponen khas yang diinspirasikan terus daripada jentera perlumbaan Casa Lambretta Racing Team.

Kit Aero Gentian Karbon 

Antara kelengkapan eksklusif yang membezakan X300 Casa ialah penggunaan kit aero gentian karbon, merangkumi penghadang angin kecil di atas lampu hadapan, spoiler belakang serta pelindung lengan suspensi hadapan.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Komponen ini bukan sahaja meningkatkan penampilan agresif, malah menyerlahkan identiti perlumbaan yang jarang ditawarkan pada skuter produksi.

Ads

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Rekaan Khas, Grafik Lumba dan Tempat Duduk Sport

X300 Casa turut menampilkan grafik khas inspirasi perlumbaan dengan logo timbul serta nombor “47”, merujuk kepada tahun kelahiran Lambretta pada 1947.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Tempat duduk sport rekaan baharu menggunakan material premium, menggabungkan sentuhan klasik Lambretta dengan gaya moden.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Setiap unit juga dilengkapi plat nombor keluaran khas, membuktikan statusnya sebagai model koleksi.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Ads

Enjin 275 cc, Prestasi Kekal Mantap

Dari segi mekanikal, Lambretta X300 Casa mengekalkan enjin satu silinder 4-lejang, 4-injap berkapasiti 275 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik Bosch.

Enjin penyejukan cecair ini menghasilkan kuasa maksimum 25.1 hp pada 8,250 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,250 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Sistem penyejukan menggunakan radiator dengan dua kipas bagi memastikan suhu enjin kekal optimum.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Suspensi, Brek dan Tayar Prestasi

Sistem suspensi hadapan menggunakan rekaan Double Arm-Link yang menjadi identiti Lambretta, manakala bahagian belakang dilengkapi suspensi dwi spring.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Ads

Sistem brek pula terdiri daripada brek cakera hadapan dan belakang dengan ABS dwi saluran sebagai standard.

Rim 12 inci digandingkan dengan tayar Pirelli Angel Scooter, bersaiz 120/70-12 di hadapan dan 130/70-12 di belakang, menawarkan keseimbangan antara cengkaman dan keselesaan tunggangan.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Sistem Lampu LED dan Paparan TFT

X300 Casa turut dilengkapi sistem lampu LED penuh dengan rekaan unik, termasuk lampu hadapan berbentuk heksagon dan lampu belakang bergaya moden yang menjadi ciri khas siri X.

Paparan meter TFT pula menawarkan pelbagai fungsi termasuk sambungan telefon pintar, pilihan lima tema paparan, enam tahap kecerahan skrin serta sokongan pelbagai bahasa.

Sebagai tambahan, pemilik X300 Casa turut menerima set koleksi eksklusif Casa Lambretta yang merangkumi 12 item istimewa, menjadikan pakej ini bukan sekadar sebuah skuter, tetapi satu koleksi lengkap untuk peminat tegar jenama ikonik Itali ini.

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Dengan jumlah pengeluaran terhad, kelengkapan premium serta permintaan tinggi di Malaysia, X300 Casa kini boleh dianggap sebagai ikon koleksi dalam dunia skuter moden.

Baca Juga : Lambretta Malaysia Umum Perancangan Besar Tahun 2026

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Thunder Custom LS250-S Rasmi Dilancarkan di Malaysia

Thunder LS250-S Rasmi di Malaysia – Custom Bobber Jepun, Pilihan Hardtail dan Softail Pasaran motosikal di Malaysia kini menerima satu lagi jenama baharu apabila Thunder...