Automotif

KTNS TT-Classic 150 Dilancar di Malaysia, Harga RM6888

Share

KTNS Kembali ke Pasaran Malaysia Dengan Scrambler TT-Classic 150

Jenama motosikal KTNS kembali mewarnai pasaran dua roda tempatan dengan memperkenalkan model terbaharunya, KTNS TT-Classic 150, dalam satu majlis berbuka puasa bersama media yang berlangsung di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.

Model baharu ini ditawarkan pada harga RM6,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Ia hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Dark Gold, Matt Black dan Matt Grey.

Hadir dengan gaya scrambler klasik, TT-Classic 150 merupakan gabungan elemen retro dan moden, menjadikannya sebuah motosikal yang sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar atau dalam kawasan kampung.

Enjin 150cc Dengan Transmisi 5 Kelajuan

KTNS TT-Classic 150 dikuasakan oleh enjin satu silinder empat lejang berkapasiti 150 cc

yang menghasilkan kuasa maksimum 7.8 kW pada 7,500 rpm serta tork 11.5 Nm pada 5,500 rpm.

Enjin ini menggunakan nisbah mampatan 9.1:1 dengan ukuran piston dan lejang 57.3 mm × 57.9 mm. Motosikal ini juga menggunakan sistem klac menggunakan jenis multi-plat basah bagi memastikan pertukaran gear lebih lancar.

Bagi mengekalkan suhu operasi optimum, enjin ini menggunakan sistem penyejukan cecair, selain dilengkapi sistem pencucuhan ECU serta penghidup elektrik.

Motosikal ini turut dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 11 liter, memberikan jarak tunggangan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Suspensi dan Sistem Brek

Dari segi pengendalian, TT-Classic 150 menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan serta penyerap hentak teleskopik tunggal boleh laras di bahagian belakang bagi memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang.

Sistem brek pula terdiri daripada:

  • Cakera tunggal hadapan dengan angkup dua piston

  • Cakera tunggal belakang dengan angkup satu piston

Gabungan ini membantu memberikan prestasi membrek yang cekap serta kawalan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan.

Tayar Dual-Purpose dan Rekaan Lasak

Motosikal ini juga dipadankan dengan tayar dual-purpose bersaiz:

  • 110/90-18 di hadapan

  • 120/90-17 di belakang

Tayar tersebut dipasang pada rim aluminium aloi, sekali gus membantu meningkatkan cengkaman serta kestabilan ketika menunggang di laluan berturap atau laluan tidak rata.

Dimensi dan Berat

Dari segi ukuran fizikal, KTNS TT-Classic 150 mempunyai dimensi berikut:

  • Panjang: 2,180 mm

  • Lebar: 918 mm

  • Tinggi: 1,160 mm

  • Jarak roda: 1,400 mm

  • Ketinggian tempat duduk: 840 mm

  • Kelegaan tanah: 300 mm

Dengan berat kering sekitar 130 kg, motosikal ini kekal ringan serta mudah dikendalikan sesuai untuk penunggang baharu.

Ciri Teknologi dan Kemudahan

Dari segi kelengkapan, TT-Classic 150 dilengkapi beberapa ciri moden termasuk:

  • Paparan meter LCD berwarna

  • Sistem pencahayaan LED penuh

  • Lampu nyalaan siang (DRL)

  • Lampu kecemasan

  • Kunci mekanikal

  • Tempat duduk anti-gelincir

Selain itu, motosikal ini turut menampilkan beberapa elemen praktikal seperti:

  • Ekzos gaya scrambler

  • Bar pelindung

  • Pelindung tangki

  • Ruang simpanan hadapan

Kesemua sistem elektronik disokong oleh bateri 12V 3Ah.

Waranti dan Sokongan Selepas Jualan

Bagi memberikan ketenangan kepada pemilik, setiap pembelian KTNS TT-Classic 150

disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana dahulu).

Selain itu, pelanggan turut boleh mendapatkan alat ganti tulen secara atas talian melalui rangkaian yang dikendalikan oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Baca Juga : Mforce Lancar Mforce Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi