Kehebatan Kove 450RR di Pentas Dunia

Bagi peminat motosikal sukan berprestasi tinggi, nama Kove kini semakin dikenali.

Pelancaran model terbaharu mereka, Kove 450RR telah berlangsung di EICMA 2024 di Milan bulan lalu.

Hadir dengan enjin empat silinder sebaris berkapasiti 442.9cc, motosikal ini dilihat sebagai pencabar kepada Kawasaki ZX-4RR, sekali gus mencuri perhatian ramai penggemar motosikal sukan.

Kove 450RR, Empat Silinder 69.7 BHP
Kredit Foto : Website Motorcycle News

Apa yang menjadikan Kove 450RR ini begitu istimewa adalah keupayaannya menghasilkan kuasa maksimum 69.7bhp pada 13,000rpm serta 28.8lb.ft tork pada 9000rpm.

Dipadankan dengan tangki bahan api 14 liter, motosikal ini mampu mencapai kelajuan maksimum 136.6mph dan membawa berat keseluruhan 165kg.

Pelan Pengembangan Pengedar di UK

Di UK, jenama Kove kini mempunyai lima pengedar, namun syarikat ini merancang untuk menggandakan jumlah tersebut dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ads

Strategi ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memperluaskan pengaruh di pasaran antarabangsa.

Pesaing Utama: Kawasaki ZX-4RR

Dalam kategori motosikal empat silinder kecil, Kawasaki ZX-4RR adalah pesaing semula jadi kepada Kove 450RR.

ZX-4RR menawarkan kuasa 76bhp tinggi sedikit daripada Kove 450RR.

Namun Kove menawarkan pakej unik iaitu motosikal ini difokuskan untuk perlumbaan, menjadikannya pilihan ideal untuk pelumba amatur.

Ads

Reka Bentuk dan Teknologi Perlumbaan

Sebagai motosikal sukan yang direka untuk litar, Kove 450RR menampilkan reka bentuk agresif dengan rim 17 inci, serta tayar tubeless Maxxis yang boleh digantikan dengan jenama lain jika diperlukan.

Kove 450RR, Empat Silinder 69.7 BHP
Kredit Foto : Website Motorcycle News

Suspensi hadapan jenis fork terbalik 41mm menawarkan pelarasan penuh dengan jarak perjalanan 110mm, sementara brek hadapan dilengkapi dengan cakera apung berkembar, empat piston radial, serta ABS.

Kove 450RR, Empat Silinder 69.7 BHP
Kredit Foto : Website Motorcycle News

Di bahagian belakang, terdapat sistem monoshock dengan 49mm jarak perjalanan, cakera tunggal 220mm, dan kaliper satu piston dengan ABS.

Ads

Tambahan pula, ketinggian tempat duduk boleh disesuaikan antara 780 hingga 795mm, memberikan keselesaan kepada pelbagai jenis penunggang.

Potensi Kove 450RR di Masa Depan

Dengan spesifikasi teknikal yang mengagumkan, reka bentuk yang memukau, dan harga yang kompetitif, Kove 450RR bukan sahaja sebuah motosikal, tetapi simbol keberanian dan inovasi dalam dunia motosikal sukan.

Kove 450RR, Empat Silinder 69.7 BHP
Kredit Foto : Website Motorcycle News

Soal adakah motosikal ini akan masuk ke pasaran Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Jika harga yang ditawarkan kompetitif pasti model ini akan menjadi pilihan mereka yang baru berjinak dalam dunia sport bike.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : Kawasaki Ninja ZX-6R Kini Sedia Untuk Pra-Tempahan

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI