Automotif

KLIMS 2024 Dibuka Secara Rasmi – Malaysia Pamer Masa Depan Mobiliti

Share

Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 membuka tirainya hari ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). 

Edisi ke-10 pameran automotif terkemuka ini dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) bersama Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd. Tema menarik “Beyond Mobility” yang memfokuskan kepada inovasi lestari, elektrifikasi, dan mobiliti autonomi.

Majlis Perasmian KLIMS 2024

Disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Bersama YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan.

KLIMS 2024 menjadi pentas utama untuk menampilkan masa depan mobiliti, termasuk kenderaan elektrik (EV), teknologi mesra alam, dan penyelesaian mobiliti pintar. Pengunjung dapat menyaksikan inovasi seperti kenderaan hidrogen, teknologi autonomi, serta penyelesaian “last-mile” untuk pengangkutan yang lebih cekap.

Ucapan Timbalan Perdana Menteri

YAB Dato’ Sri Haji Fadillah dalam ucapannya menegaskan, “Malaysia berpotensi besar menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi kenderaan elektrik. Dengan sokongan seperti Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR). 

Pembinaan lebih 3,000 stesen pengecas EV di seluruh negara. Serta pengecualian penuh duti import dan jualan untuk EV, kita sedang menuju masa depan yang lebih hijau. 

KLIMS adalah pemangkin penting dalam mencapai visi ini, mengumpulkan pelbagai pihak untuk mencipta penyelesaian lestari bersama.”

Presiden MAA

Mohd Shamsor Bin Mohd Zain, turut berkongsi pandangan, “KLIMS 2024 bukan sekadar pameran automotif; ia adalah simbol daya tahan dan inovasi industri automotif Malaysia. 

Tema tahun ini, ‘Beyond Mobility,’ menunjukkan komitmen kita untuk mempercepat peralihan kepada pengangkutan lestari dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam bidang ini.”

Richard Teo, Pengerusi Eksekutif Qube, menambah, “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada KLIMS 2024 yang menjembatani teknologi, inovasi, dan industri automotif. Kami mahu mencipta pengalaman yang memberi impak kepada semua pihak, dari pemimpin industri hingga peminat automotif.”

Pameran ini menarik perhatian lebih 800 hadirin semasa pembukaannya, dengan pelancaran eksklusif seperti WEY 80 dan Tank 500 oleh GWM. Kereta konsep futuristik EMO-II oleh Perodua. Serta model baharu seperti Toyota Camry Hybrid dan Corolla Cross Hybrid, dan Honda Prelude. Proton pula menampilkan kereta S70 R3 yang menyerlah dalam perlumbaan Sepang 1000KM.

Pengunjung KLIMS 2024 bukan sahaja dapat menikmati inovasi terkini, tetapi juga aktiviti menyeronokkan seperti simulator perlumbaan dan pameran dari kelab-kelab automotif. Lebih menarik, mereka berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti Toyota Yaris 1.5G Limited dan Perodua AXIA dengan jumlah keseluruhan RM250,000!

KLIMS 2024 berlangsung dari 5 hingga 11 Disember di MITEC. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.KLIMS.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ikonik ini!

Dari KLIMS

Baca Juga PROTON Pamer e.MAS 7, X50 SE, dan Kereta Lumba S70 R3 di KLIMS 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan