Aktiviti kecurian kenderaan semakinmembimbangkan di Malaysia. Khususnya melibatkan kenderaan seperti SUV dan trak pikap yang kini menjadi sasaran sindiket kecurian. Jenis kenderaan ini mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap. Menjadikannya pilihan utama pencuri.
Kenderaan-kenderaan ini dilaporkan diseludup keluar ke negara jiran serta destinasi antarabangsa lain dan dijual pada harga yang lumayan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menjelaskan bahawa sindiket tempatan yang terlibat dalam kecurian kenderaan mewah ini dibayar sekitar RM20,000 hingga RM30,000 bagi setiap kenderaan. Bergantung kepada jenis dan keadaan kenderaan tersebut.
Dengan masa kurang daripada lima minit diperlukan untuk mencuri kenderaan, ia merupakan sumber pendapatan yang menguntungkan buat penjenayah ini.
Menurut Mohd Shuhaily, sindiket akan mengintip pergerakan kenderaan sasaran dalam tempoh 24 hingga 72 jam sebelum melakukan kecurian. Kenderaan yang diparkir di tempat awam, hadapan rumah tanpa pagar, di tepi jalan atau kawasan terbuka sering menjadi sasaran utama.
Malah, terdapat kes kecurian kenderaan mewah dalam kawasan perumahan berpagar, menunjukkan betapa liciknya sindiket ini dalam memintas sistem keselamatan yang lebih canggih.
Sindiket turut menggunakan pelbagai taktik untuk mengatasi teknologi keselamatan terkini pada kenderaan. Bagi pasaran tempatan, mereka akan menukar nombor enjin dan casis sebelum menjual kenderaan curi itu atau meleraikan komponen untuk dijual sebagai alat ganti.
Manakala untuk pasaran antarabangsa, kenderaan dicuri akan diseludup keluar negara mengikut permintaan.
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada peningkatan kecurian kenderaan ialah kemudahan mendapatkan peralatan elektronik untuk meretas sistem keselamatan kenderaan.
Seperti peranti ‘jammer’ berkuasa tinggi untuk mematikan GPS dan menghidupkan kenderaan tanpa kunci. Alat seperti ini mudah dibeli secara dalam talian, menambahkan lagi risiko kecurian.
Menunjukkan sejak tahun 2021, sejumlah 53,300 kenderaan telah dicuri di Malaysia. Pada tahun 2021, sebanyak 13,426 kes dilaporkan.
Manakala pada tahun 2022, angka ini meningkat kepada 14,433. Setakat September tahun ini, sebanyak 10,849 kenderaan telah dicuri. Motosikal mencatat jumlah kecurian tertinggi dengan 7,700 kes, diikuti oleh kereta termasuk SUV dan MPV sebanyak 2,535 kes.
Mohd Shuhaily turut mendedahkan, sindiket semakin bijak dalam memanipulasi sistem keyless entry. Malah sering mengambil kesempatan terhadap kecuaian pemilik kenderaan yang tidak memasang sistem keselamatan tambahan.
Pemilik kenderaan sering mengabaikan aspek keselamatan seperti memarkir di kawasan gelap atau tidak memasang kunci tambahan. Kelemahan ini memudahkan kerja sindiket untuk mencuri kenderaan dengan cepat.
Untuk mematahkan operasi sindiket ini, pihak polis bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan di sempadan negara, khususnya di kawasan utara. Dalam pada itu, menjalankan operasi bersepadu bagi memantau laluan haram.
Selain itu, rondaan kerap di kawasan berisiko tinggi juga diperhebatkan. Disamping penangkapan dan pendakwaan yang lebih giat terhadap pencuri kenderaan.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan kenderaan, polis juga menjalankan kempen bagi mendidik pemilik kenderaan tentang pentingnya langkah keselamatan tambahan.
Dari The Star
Baca Juga Nissan R32 Skyline GT-R ‘Godzilla’ Dicuri dari Ibu Pejabat Nissan Australia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.