PROTON dengan bangganya mengumumkan bahawa tempahan untuk model terbaharu mereka, PROTON X50 Serba Baharu, kini telah dibuka secara rasmi!
Pelancaran penuh bertenaga di Setia City Mall memperkenalkan tema kempen utama: “PROTON X50 Serba Baharu: SEDIA UNTUK MENGGEGAR”.
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, PROTON X50 telah menjadi pilihan utama dalam segmen SUV-B dengan lebih 140,000 unit terjual di Malaysia dan lebih 1.2 juta unit secara global.
Model ini turut dibangunkan bersama rakan strategik, Geely, dan turut dikenali sebagai Binyue dan Coolray di pasaran antarabangsa.
PROTON X50 Serba Baharu menampilkan:
Dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi i-GT dan transmisi DCT 7-kelajuan. SUV ini mampu menjana 178hp kuasa dan 290Nm tork. Dengan pecutan 0–100km/j dalam hanya 7.6 saat.
Tambahan pula, terdapat peningkatan kecekapan bahan api sebanyak 4.7% berbanding model terdahulu.
Tiga varian akan ditawarkan: Executive, Premium, dan Flagship – masing-masing disesuaikan untuk memenuhi gaya hidup moden dan keperluan pemandu hari ini. Kesemua ciri baharu ini dianggarkan memberi nilai tambahan melebihi RM10,000.
Sebagai ganjaran kepada pelanggan awal, PROTON menawarkan
Tawaran Tempahan Awal eksklusif untuk 10,000 pelanggan pertama:(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
PROTON turut berkolaborasi bersama kumpulan pop tempatan De Fam bagi melancarkan lagu tema rasmi “All-New PROTON X50: Ready, Set, Roar” – lagu yang mencerminkan semangat berani model ini dan bakal diperdengarkan dalam pelbagai saluran media sosial dan acara langsung.
Mulai hujung minggu ini, PROTON akan memulakan Jelajah Gegar Kagum di seluruh negara, membawakan PROTON X50 Serba Baharu kepada rakyat Malaysia. Pengunjung berpeluang melihat SUV ini secara langsung, bertemu pempengaruh terkenal dan menyertai aktiviti interaktif serta cabutan hadiah menarik.
Orang ramai dijemput hadir ke Setia City Mall pada
5 & 6 Julai, mengunjungi bilik pameran PROTON terpilih atau layari proton.com untuk membuat tempahan. Rebut peluang untuk menjadi antara pemilik pertama SUV yang bakal menggegarkan jalan raya Malaysia ini.Ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk info terkini, lokasi jelajah dan kandungan eksklusif PROTON X50 Serba Baharu!
Dari PROTON
Baca Juga Proton Perkenal Proton X50 Terbaharu kepada Umum
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok