Penyanyi pop sensasi dan pemenang tiga Anugerah Grammy, Dua Lipa, baru-baru ini memperkenalkan kereta idamannya. Sebuah Porsche 911 GT3 RS versi custom, yang direka khas bersama Porsche dan menampilkan livery unik dari Rennstall. Kereta ini pertama kali ditayangkan di acara berprestij Monaco Grand Prix 2025.
Kalau anda peminat kereta prestasi tinggi, atau sekadar peminat Dua Lipa, ini antara kolaborasi yang cukup menarik untuk diperhatikan.
Menurut Porsche, model GT3 RS milik Dua Lipa ini tampil berani dengan
gabungan warna “tropical blue” dan “peach frost” yang cukup menyerlah. Bahagian luar dihiasi dengan corak heksagon, ia mencerminkan identiti gaya peribadi Dua Lipa – segar, moden, dan penuh ekspresi.Satu lagi ciri menarik adalah branding khas “Dua Lipa x Rennstall” yang jelas kelihatan pada bahagian bonet hadapan dan pintu kereta ini. Menurut Porsche, Dua Lipa sendiri terlibat dalam proses mereka bentuk livery tersebut, menjadikannya lebih peribadi dan tulen.
Porsche 911 GT3 RS adalah versi lebih ekstrem dan fokus kepada litar berbanding 911 GT3 biasa.
Di bawah bonet, ia menggunakan enjin 4.0L flat-six NA (aspirasi semula jadi) yang menghasilkan
518 hp dan 465 Nm tork.Dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan, kereta ini dibina untuk prestasi maksimum atas jalan atau litar.
Bagi menambah lagi keupayaan prestasinya, GT3 RS ini dilengkapi dengan pakej Weissach, yang membawa komponen gentian karbon seperti bumbung dan beberapa panel badan. Serta rim magnesium untuk membantu mengurangkan berat keseluruhan.
Kurang berat = lebih laju di selekoh dan lebih tangkas atas litar!
Walaupun tiada harga rasmi untuk model khas ini, anggaran harga Porsche 911 GT3 RS di Malaysia sahaja sudah mencecah sekitar RM2.6 juta. Dengan customisation eksklusif dan sentuhan selebriti, model milik Dua Lipa ini tentunya jauh lebih tinggi nilainya.
Kereta ini bukan sahaja simbol gaya hidup mewah, tetapi juga menandakan gabungan dunia seni dan automotif berprestasi tinggi. Dengan penglibatan aktif Dua Lipa dalam proses rekaan, ini bukan sekadar projek “letak nama pada kereta”. Tetapi satu kolaborasi penuh personaliti.
Dari Republic World
Baca Juga Porsche Malaysia Pamer Porsche 963 di Bangsar
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.