Mercedes-AMG telah mendedahkan CONCEPT AMG GT XX. Sebuah coupe empat pintu elektrik yang menandakan model produksi pertama berasaskan platform prestasi tinggi elektrik baharu mereka, AMG.EA.
Dengan tiga motor axial flux dan pek bateri voltan tinggi baharu, GT XX menghasilkan lebih 1,000 kW (bersamaan 1,360 hp). Serta mampu mencecah kelajuan maksimum lebih 360 km/j.
Dibangunkan bersama jurutera Mercedes-AMG dan kepakaran dari pasukan Formula 1 di Brixworth. GT XX mampu mengecas semula sejauh 400 km dalam hanya lima minit.
Ini kerana teknologi penyejukan sel bateri secara langsung dan seni bina bateri baharu berasaskan sel silinder NCMA. Bersama dengan penyejukan berasaskan minyak voltan tinggi.
Secara visual, GT XX tampil garang dengan siluet fastback yang rendah dan cat oren “sunset beam” yang bercahaya. Panel lampu belakang pula mampu memaparkan animasi masa nyata. Manakala pemegang pintu tersembunyi dan roda aero aktif menambah elemen futuristik.
Bahagian dalam kabin direka untuk fokus pemandu, dengan komponen struktur yang terdedah. Kulit bio dari tayar GT3 kitar semula. Pad tempat duduk bercetak 3D dan dua skrin lebar yang condong ke arah pemandu. Tiada tingkap belakang dipasang, menekankan pendekatan prestasi sepenuhnya.
Setiap elemen GT XX dibina untuk prestasi tinggi dan kecekapan masa depan. Roda aero aktif mampu terbuka untuk penyejukan brek dan tertutup untuk mengurangkan seretan.
Sistem penyejukan terus pada sel bateri memastikan kuasa maksimum dapat diulang semula tanpa mengurangkan prestasi.
Setakat ini, Mercedes-Benz masih belum mengesahkan sebarang rancangan produksi untuk model GT XX. Namun, konsep ini memberikan gambaran jelas tentang masa depan kenderaan elektrik berprestasi tinggi dari AMG.
Dari HypeBeast
Baca juga #SoAMG – Pelancaran Model Prestasi Terkini Mercedes-AMG
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.