Hyundai Malaysia memperkenalkan barisan model terbaharunya yang merangkumi MPV futuristik STARIA, SUV segmen C yang lebih canggih iaitu TUCSON. Serta debut penuh bergaya untuk SANTA FE generasi baharu.
Ketiga-tiga model ini bukan sahaja tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan berani. Malah, ia juga diperkasa dengan teknologi pemanduan, ciri keselamatan pintar dan sistem kuasa hibrid yang menjanjikan prestasi lebih cekap dan mesra alam.
Hyundai STARIA kembali dengan pilihan konfigurasi 7-tempat duduk dan 10-tempat duduk. Varian tertinggi turut dilengkapi kerusi “Premium Relaxation” untuk keselesaan tahap maksimum. Dengan enjin diesel 2.2L. Transmisi automatik 8-kelajuan dan sistem pacuan 2WD.
STARIA menawarkan pemanduan yang mantap dan lancar. Dimensi yang besar dan ruang dalaman luas menjadikan ia pilihan utama untuk keluarga besar atau perniagaan.
Kini tampil dengan paparan melengkung panoramik 12.3 inci dan rekaan dalaman serba baharu, Hyundai TUCSON turut memperkenalkan varian hibrid buat pertama kali di Malaysia. Enjin 1.6L turbocharged dan sistem pacuan 2WD/4WD (bergantung pada varian) memberikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api. Pilihan varian termasuk 5-tempat duduk ICE dan hibrid, dengan kemasan dalaman premium.
SANTA FE kini tampil lebih maskulin dengan rekaan kotak dan fender yang garang. Pintu tailgate yang lebih lebar memudahkan akses, sementara enjin 2.5L turbocharged baharu pada varian Calligraphy menjanjikan kuasa maksimum 281 PS. Ditawarkan dalam konfigurasi 6 atau 7-tempat duduk serta varian ICE dan Hybrid, SANTA FE ialah pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan SUV premium keluarga dengan prestasi unggul.
Hyundai terus membuktikan komitmennya dalam menyediakan kenderaan yang bukan sahaja bergaya dan selesa, malah selamat dan mesra alam. Pilihan kini di tangan pengguna untuk memilih gaya hidup pemanduan yang sesuai sama ada melalui MPV STARIA, SUV sederhana TUCSON atau SUV premium SANTA FE.
Untuk maklumat lanjut atau pandu uji, sila kunjungi bilik pameran Hyundai terdekat.
Dari Hyundai Malaysia
Baca Juga Hyundai Perkukuh Komitmen di Malaysia Dengan Penubuhan Hyundai Motor Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.