Honda Malaysia mengumumkan perlantikan rasmi Encik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 April 2025. 

Beliau menggantikan Encik Hironobu Yoshimura, yang telah memimpin Honda Malaysia selama tiga tahun dengan penuh cemerlang.

Pemimpin Berkaliber

Dengan pengalaman 25 tahun bersama jenama Jepun ikonik ini. Beliau telah menggalas pelbagai peranan kepimpinan di beberapa negara utama seperti Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat. Sebelum dilantik ke posisi tertinggi di Honda Malaysia. Yazaki bertugas dalam Bahagian Operasi Pentadbiran Korporat di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.

Dalam kenyataan rasminya, Yazaki melahirkan rasa teruja dan terhormat untuk memimpin Honda Malaysia. “Pasaran Malaysia bukan sahaja pesat membangun, malah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan jenama Honda di rantau Asia dan Oceania.

Saya berhasrat untuk meneruskan momentum positif yang telah dibina sebelum ini dan memastikan Honda Malaysia terus berkembang maju.” ujar beliau dengan penuh semangat.

Ads

Tugas Yoshimura Seterusnya

Sementara itu, Encik Yoshimura yang telah menamatkan tugasnya di Malaysia, kini menyambung khidmatnya di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo. 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di sini. Yoshimura dikenang sebagai pemimpin yang berjaya mengekalkan kedudukan Honda Malaysia sebagai peneraju dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut — satu pencapaian yang bukan calang-calang. Tambahan pula, beliau juga berjaya mengemudi syarikat ini menempuh fasa pemulihan pasca pandemik dengan strategi yang berkesan.

Honda Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada Yoshimura atas sumbangan besar beliau dalam memacu kejayaan syarikat selama ini. Kepimpinan beliau bukan sahaja membawa kestabilan tetapi juga menyuntik keyakinan dalam kalangan kakitangan serta pelanggan Honda di seluruh negara.

Ads
Honda Malaysia Sambut CEO Baharu – Narushi Yazaki
Encik Narushi Yazaki – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia

Visi Lebih Segar

Dengan Yazaki mengambil alih, ramai yang menjangkakan pendekatan dan idea baharu akan diketengahkan untuk terus memperkukuh kedudukan Honda di pasaran Malaysia.

Dengan rekod prestasi yang kukuh dan pengalaman antarabangsa yang luas. Yazaki diyakini mampu membawa nafas baharu dan melangkah lebih jauh. Seiring dengan permintaan pasaran yang semakin mencabar dan dinamik.

Perlantikan ini menandakan satu lagi langkah strategik Honda Malaysia dalam memastikan mereka kekal relevan, inovatif dan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kita nantikan apakah langkah pertama Yazaki dalam meneruskan legasi kecemerlangan Honda di sini.

Ads

Dari Honda Malaysia

Baca Juga Kunitomo Asano CEO Baharu Boon Siew Honda

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI