Kereta

GWM Malaysia Anjur ‘Raya Bersama GWM’ – Rumah Terbuka, Hadiah Lumayan & Promosi Hebat!

Share

GWM Malaysia menyambut kehangatan Aidilfitri tahun ini dengan penuh gaya menerusi kempen ‘Raya Bersama GWM’.

Ia bukan sekadar promosi biasa, tapi satu inisiatif meriah yang menyatukan komuniti melalui semangat perayaan. Tawaran eksklusif dan pelbagai ganjaran menarik.

Mengambil ilham daripada nilai kebersamaan dan kegembiraan yang sinonim dengan Hari Raya. Kempen ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pelancaran video muzik rasmi “Kita Ra Raya”. 

Kini boleh ditonton di Facebook dan YouTube rasmi GWM Malaysia. Lengkap dengan melodi catchy dan vibe Raya moden, lagu ini menjadi simbol semangat kempen – ceria, mesra dan penuh kenangan.

Rumah Terbuka Raya-tastic & Ganjaran Sehingga RM150,000!

Bermula 12 hingga 27 April 2025, GWM Malaysia akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya-tastic di pengedar terpilih seluruh negara. Bukan sahaja anda boleh menikmati juadah ringan dan merasai kemeriahan suasana Raya. Malah pengunjung juga berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Tempah & Menang dengan hadiah keseluruhan mencecah RM150,000!

Nak balik kampung dengan lebih bergaya? Inilah masanya! GWM turut menawarkan promosi Hari Raya eksklusif termasuk:

  • 5 tahun penyelenggaraan percuma untuk semua model GWM seperti ORA GOOD CAT, ORA 07, TANK 300 dan HAVAL H6 HEV.
  • Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman rendah, dan pengecas dinding percuma untuk model EV GWM.
  • Jaminan 6+2 tahun untuk GWM ORA 07 dan waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk TANK 300.
  • 10,000 km servis percuma khas buat pemilik HAVAL H6 HEV.

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, kempen ini adalah usaha untuk menghargai dan mengeratkan hubungan dengan rakyat Malaysia. Di samping meraikan keunikan budaya tempatan yang pelbagai.

Peminat Kopi ZUS, Ini Untuk Anda!

Nak hadiah lagi? Buat je pandu uji mana-mana model GWM di pengedar sah dan anda akan menerima Baucar Kopi ZUS secara percuma! Cuma lawat bilik pameran, ikuti laman media sosial GWM Malaysia dan tebus baucar anda di mana-mana cawangan ZUS Coffee.

TANK 300 – Percutian Impian Kini Realiti

Untuk yang teringin ‘cuti sakan’, kempen ‘Realise Your Dream Trip with the GWM TANK 300’ sedang berlangsung. Pelanggan yang pandu uji model ini berpeluang menang baucar percutian bernilai RM888. Manakala pembeli bertuah boleh bawa pulang baucar RM8,888 atau Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM yang penuh bergaya.

Cabutan Bertuah & Sampul Raya Berisi Hadiah Menarik

Ketika acara rumah terbuka berlangsung, pelanggan yang mendaftar kenderaan boleh memenangi pelbagai hadiah menarik seperti:

  • iPhone 16, iPad Air, Samsung TV 55”, Apple Watch SE, PS5 Digital Edition
  • Kad Hadiah Petronas RM1,000, Dyson V8, Sony WH-1000XM5 dan banyak lagi

Tak cukup dengan itu, sampul raya eksklusif juga ditawarkan dengan baucar AEON, Nando’s atau Petronas bernilai sehingga RM1,500.

Jadi, kalau anda sedang mencari kereta baru sambil mahu sambut Raya dengan lebih bermakna, kunjungilah pengedar sah GWM Malaysia. Promosi menarik dan hadiah gempak menanti!

Dari GWM Malaysia

Baca Juga GWM Malaysia Rai Peningkatan Jualan 331%

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan