Kereta

Ferrari Amalfi – Model Permulaan Keluarga Ferrari Terbaharu

Share

Ferrari akhirnya mendengar keluhan peminat dan pemilik model lama apabila memperkenalkan pengganti kepada Ferrari Roma, iaitu Ferrari Amalfi 2027. 

Selepas hanya lima tahun di pasaran, Roma digantikan dengan model baharu yang bukan sahaja lebih berkuasa. Malah menyelesaikan hampir semua rungutan yang pernah dibangkitkan. Paling menarik? Butang fizikal, termasuk butang mula merah ikonik Ferrari, kembali menghiasi stereng.

Kembali kepada butang fizikal

Apa yang paling mengejutkan ramai ialah keputusan Ferrari untuk meninggalkan kawalan sentuh yang selama ini dikritik hebat. Stereng Amalfi kini menampilkan butang fizikal yang sebenar. 

Memberikan semula maklum balas sentuhan yang digemari ramai. Ketua reka bentuk, Flavio Manzoni. Mengakui bahawa eksperimen futuristik mereka tidak diterima baik, dan kini Ferrari memilih untuk kembali kepada asas.

Malah, pemilik model Roma, Purosangue, 296, SF90 dan 12Cilindri boleh membeli kit naik taraf bagi mendapatkan semula butang merah ikonik ini tanpa perlu menukar keseluruhan stereng.

Kuasa yang dipertingkat, penyampaian yang lebih halus

Enjin V8 3.9-liter twin-turbo kini menghasilkan 631 kuasa kuda dan 760 Nm tork. Peningkatan 20 hp berbanding Roma. Walaupun tidak sehebat model hiper, pendekatan Ferrari lebih kepada karekter dan respons enjin berbanding kuasa mentah.

Dengan aci sesondol yang lebih ringan, pengecas turbo yang lebih efisien, dan ECU daripada 296 GTB. Amalfi kini lebih mudah ‘bernafas’ hingga redline 7,600 rpm. Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil 3.3 saat dengan kelajuan maksimum 320 km/j.

Reka bentuk evolusi, bukan revolusi

Secara visual, Amalfi mengikut bahasa reka bentuk terkini Ferrari seperti jalur hitam antara lampu hadapan. Gril berlubang Roma telah digantikan dengan rekaan depan yang lebih bersih. 

Manzoni menggambarkannya sebagai “alur dengan lampu”. Mengelakkan rupa seperti wajah manusia yang terlalu “kartun”.

Bahagian belakang pula menerima pembaharuan paling ketara. Termasuk lampu baharu dan spoiler aktif tiga peringkat yang mampu menjana sehingga 110 kg daya mendapan pada kelajuan 250 km/j.

Kabin lebih kemas & moden

Bukan setakat stereng, bahagian dalaman turut dirombak dengan susun atur yang lebih lapang. Konsol tengah dihiasi dengan aluminium anod yang dikisar cantik. Memisahkan ruang pemandu dan penumpang.

Skrin infotainmen kini 10.25 inci, boleh diputar daripada potret ke landskap, dan akhirnya menyokong Android Auto serta Apple CarPlay sepenuhnya. Tempat duduk belakang masih sekadar simbolik. 

Ruang but kini boleh memuatkan set golf. Tempat duduk hadapan pula dilengkapi fungsi urut dan pengudaraan untuk keselesaan maksimum.

Teknologi pintar yang terintegrasi

Ferrari Amalfi 2027 hadir dengan sistem brek elektronik (brake-by-wire) yang menawarkan rasa pedal yang lebih semula jadi. Sistem stereng pula dipertingkat dengan keupayaan menganggarkan cengkaman 10% lebih pantas.

Pakej bantuan pemandu merangkumi kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, dan kamera pemantauan 360 darjah.

SPESIFIKASI UTAMA

  • Enjin: V8 3.9L twin-turbo, hadapan-tengah
  • Kuasa: 631 hp / 760 Nm
  • Transmisi: Klac berkembar 8-kelajuan
  • Pandu: Pacuan roda belakang
  • 0-100 km/j: 3.3 saat
  • Kelajuan Maksimum: 320 km/j
  • Spoiler aktif: 3 tahap (110 kg daya turun maksimum)
  • Skrin: 10.25″ boleh putar, dengan butang fizikal pada stereng
  • Tempat duduk: 2+2
  • Teknologi: Brek-by-wire, bantuan pemandu penuh
  • Harga Permulaan: €240,000 (~RM1.43 juta)

Ketersediaan pasaran

Ferrari Amalfi akan mula dijual di Eropah pada awal 2026 dengan harga permulaan sekitar €240,000. Pasaran Amerika Syarikat akan menyusul tidak lama kemudian. Model ini jelas ditujukan untuk bersaing terus dengan Aston Martin Vanquish dan Bentley Continental GT dalam segmen grand tourer mewah.

Dari HiConsumption

Baca Juga Ferrari Mengecilkan V-12 – Revolusi Enjin dengan Rekaan Piston Bujur

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan