Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan keputusan penting kerajaan mengenai masa depan penggunaan bahan api gas asli mampat (NGV) bagi kenderaan di Malaysia.
Bermula 1 Julai 2025, mana-mana kenderaan NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan di jalan raya Malaysia. Langkah ini bertujuan bagi meningkatkan keselamatan pengguna dan masyarakat amnya.
Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa PETRONAS akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat hingga penamatan penuh mulai tarikh tersebut. Keputusan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor utama. Terutamanya keselamatan pengguna kenderaan NGV.
Sejarah penggunaan NGV menunjukkan kemuncak pemasangan kit kenderaan NGV berlaku antara tahun 1995 hingga 2014. Kebanyakan kenderaan NGV kini menghampiri fasa akhir hayat tangki mereka, iaitu sekitar 15 tahun. Jika tangki ini tidak diganti, risiko kegagalan fungsi dan kemalangan maut akan meningkat.
Di samping itu, terdapat pengguna yang melakukan ubah suai berbahaya dengan menggunakan silinder gas LPG, yang tidak sesuai dan boleh menyebabkan letupan. LPG hanya mampu menahan tekanan rendah berbanding tangki NGV yang direka khas untuk tekanan tinggi.
Selain kos penggantian komponen NGV yang tinggi, alat ganti tulen NGV semakin sukar diperoleh di pasaran. Situasi ini mendorong segelintir pengguna menggunakan tangki terpakai atau ubah suai tidak diiktiraf. Ini boleh mengancam nyawa mereka dan orang sekeliling.
Sehubungan dengan ini, kerajaan memperkenalkan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk membantu pemilik kenderaan NGV beralih kepada bahan api lain. Program ini merangkumi tiga pakej:
Permohonan untuk pakej bantuan ini boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi,
www.peralihanngv.com, dengan tarikh tutup seperti berikut:Selepas 1 Julai 2025, bekalan runcit NGV akan dihentikan sepenuhnya di Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang tersebut atau hubungi khidmat pelanggan di Mesralink, 1 800 88 8181.
Dari Careta
Baca Juga Kerajaan Perkenal RUU Baru Lindungi Pemandu E-Hailing, Penghantar Motosikal
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.