Kenderaan Rekreasi, Apa Yang Kita Perlu Tahu?

Share

Lazimnya, rumah dan kereta merupakan dua perkara yang berbeza, satu untuk menetap dan satu untuk bawa kita bergerak. Sejak kemunculan kenderaan rekreasi (RV) atau motorhome pada tahun 1915 di Amerika Syarikat, ia menjadi satu cara baharu untuk manusia bergerak dalam keadaan selesa.

Kredit Foto: smithsonianmag.com

Di Malaysia, penggemar RV tidaklah meluas seperti di negara barat, namun tetap ada peminat yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk dapatkan motorhome impian mereka. RV sebenarnya terbahagi kepada beberapa segmen iaitu;

  • Campercar
  • Campervan
  • Camper truck
  • Camper lorry
  • Camper bus
  • Caravan

Sesuai dengan nama yang diberi, kebanyakan RV ini boleh diubah suai dan diberi sentuhan peribadi oleh pemilik masing-masing. Jadi, apa beza kesemua ini?

Kredit Foto: robbreport.com

Pertama sekali, Campercar, ia merupakan kereta yang diubah suai (selalunya pada bahagian belakang kenderaan) untuk dijadikan tempat tidur (sofa bed), tempat masak dan mandi.

Bahagian penting yang perlu ada untuk tukar kereta anda menjadi campercar adalah tangki air, kipas, bateri mudah alih (lebih baik jika ada penjana kuasa) dan ruang simpan barang. Kadangkala ada pemilik yang tambah tandas mudah alih supaya lebih yakin untuk merantau jauh.

Kredit Foto: blessthisstuff.com

Seterusnya Campervan, segmen ini sesuai untuk jalan Malaysia kerana RV jenis ini sedikit kecil berbanding lori namun dari segi rupa tidaklah terlalu menyerlah. Antara campervan yang menarik perhatian adalah Airstream Interstate 24X, Jayco Terrain dan Ford Transit Trail.

Di Malaysia, peraturan pengubahsuaian kenderaan tidaklah terlalu ketat, kalau kita beli van biasa dan nak tukar ke camper van juga boleh tetapi harus mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan penguat kuasa.

Kredit Foto: robbreport.com

Camper Truck pula menggunakan chasis 4×4 seperti Cam Caravan, Toyota Hilux dan Ford Ranger. Bagi yang mencari motorhome dengan pinjaman duit bank boleh mencari jenama Cam Caravan kerana tahun keluaran model ini masih tidak melebihi usia 10 tahun.

Kredit Foto: motorhomes.my

Dalam pada itu, Camper Bus dibina menggunakan chasis bas kerana rekaannya yang lebih panjang dan besar. Antara camper bus yang boleh disewa adalah Toyota Coaster dan Nissan Civilian. Kalau nak buat sendiri pun boleh, anggaran harga dalam RM 10,000 ke RM20,000 bergantung kepada situasi.

Kredit Foto: caravancampingsales.com

Selanjutnya, Camper Lorry atau Motorhome yang dibina di atas chasis lori merupakan segmen yang ramai orang biasa lihat dan gunakan. Banyak juga jenama yang mengeluarkan segmen camper lorry termasuk Toyota, Isuzu dan Volkswagen. Anggaran harga camper lorry di Malaysia dalam lingkungan RM70,000 hingga RM500,000.

Kredit Foto: automobex.com

Akhir sekali, Caravan. Motorhome

jenis ini yang paling biasa disebut-sebut oleh orang ramai kerana ia cukup popular dalam filem, rancangan TV dan sebagainya. Caravan dianggap sebagai RV paling selesa kerana keluasan yang ditawarkan seolah-olah kita berada dalam rumah.
Kredit Foto: caravanhire-online.co.uk

Namun, kelemahan kenderaan jenis ini ialah ia perlu ditunda oleh kenderaan 4WD atau SUV kerana Caravan tidak mempunyai enjin untuk bergerak sendiri dan juga pemilik perlu rancang perjalanan dengan lebih teliti kerana saiz caravan yang besar tidak ditampung oleh sesetengah jalan atau kawasan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan