Automotif

BMW X2 2024 Muncul Dengan Kombinasi Prestasi & Rekaan Canggih

Share

Memperkenalkan BMW X2 2024 sebuah alternatif yang lebih sporty berbanding sports activity vehicle (SAV) BMW X1, dengan rekaan yang lebih segar bagi sebuah Beemer.

Pada pandangan pertama, BMW X2 menawarkan garis atap yang mirip model coupe, lampu hadapan dan belakang turut direka baru dengan struktur pinggang yang lebih lebar, serta roda belakang yang lebih menonjol.

BMW X2 generasi baharu membawa beberapa perubahan penting seperti dimensi, varian, prestasi dan keselesaan.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,554 mm (+193 mm) panjang, 1,845 mm (+21 mm) lebar, 1,590 mm (+64 mm) tinggi dengan jarak roda yang bertambah 22 mm kepada 2,692 mm berbanding model sebelumnya.

Kredit Foto: Forbes.com

Penambahan dimensi tersebut meluaskan ruang kabin, terutama ruang lutut, manakala kapasiti kargo meningkat kepada 560 liter dan boleh dinaik taraf hingga 1,470 liter apabila baris belakang dilipat.

BMW X2 hadir dalam beberapa varian kuasa, termasuk BMW X2 sDrive20i, BMW X2 xDrive28i, dan BMW X2 M35i xDrive, masing-masing dengan ciri transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan generasi baru untuk prestasi pemanduan yang lebih baik.

Selain itu, terdapat juga versi elektrik iX2 dengan varian tunggal iX2 xDrive30, dua motor elektrik yang mempunyai pecutan 0-100 km/j dalam 5.6 saat dan kelajuan tertinggi 180 km/j.

iX2 menampilkan bateri 64.8 kWh yang menawarkan jarak perjalanan antara 417 km hingga 449 km, dengan pengecasan pantas DC sehingga 130 kW dan pengecasan bateri dari 10-80% SoC dalam masa 29 minit. Selain itu, terdapat juga pengecasan standard AC 11 kW yang boleh dinaik taraf kepada 22 kW untuk pengecasan penuh dalam masa tiga jam 45 minit.

Kredit Foto: Forbes.com

Kabin X2 menampilkan panel melengkung dengan skrin 10.25 inci dan skrin infohibur 10.7 inci yang dikuasakan oleh BMW iDrive 9. Versi X2 M35i xDrive hadir dengan tempat duduk semi bucket M Sport yang lebih sporty dan logo prestasi M.

BMW X2 turut ditingkatkan dari aspek aerodinamik untuk kecekapan dan prestasi pemanduan yang lebih baik, dengan kadar pekali seretan serendah 0.25 (BMW iX2) atau 0.27 (BMW X2).

Harga jualan bagi BMW X2 bermula dari RM228,829 (£39,365) manakala BMW iX2 bermula dari RM328,667 (£56,540).

Kedua-dua BMW X2 dan BMW iX2 akan dipamerkan secara rasmi pada acara Japan Mobility Show 2023 hujung bulan ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan